Assalamualaikum, hai...
Gegar Vaganza(GV) 5, 30 September 2018 | Semalam masa Fiza edit html blog, sempat jugak scroll timeline fb... Tajuk paling win berkaitan GV5. Ramai yang update mengenainya. Dah start ke? Tiba² terdetik dalam hati Fiza nak mencari info mengenainya. Yelah! Seminggudua ni... Fiza tak layan sangat tv. Update blog pun... Sehari satu entri je. Blogwalking memang takde lansung. Sudahnya... Banyak benda Fiza tak tahu. 

Kredit : Beautifulnara.com

SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KE-5 BAGI TAHUN 2018

Rupanya Gegar Vaganza musim 5 akan bermula tak lama lagi... Di mana akan berlansung setiap hari Ahad, 9 malam... Menerusi saluran Ria 104 dan Ria HD 123... Bermula 30 September nanti dan akan bersiaran selama 8 minggu. Berdasarkan beberapa laman berita online, terdapat 12 peserta yang akan bertanding. Antaranya, ialah :-
  1. Amelina
  2. Safura Yaakob
  3. Maya Ruslee
  4. Noryn Aziz
  5. Farawahida
  6. Hetty Sarlene
  7. Dia Fadilla
  8. Zamani
  9. Shafie
  10. Kumpulan Elite
  11. Kumpulan Forteen
  12. Duo Billy Zulkarnain

SIAPAKAH PENGACARA DAN JURI TETAP UNTUK GV5, 2018

Selain itu, GV5 jugak seperti GV sebelumnya... Masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos rancangan dan manakala pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim jugak still menjadi juri tetap untuk GV5.

SIAPAKAH PENAJA DAN HADIAH UNTUK GEGAR VAGANZA MUSIM KE-5 

Menurut laman berita mstar, Juara GV5 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100, 000 berserta trofi, RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk tempat ketiga. Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Manakala untuk panaja, berkemungkinan untuk GV5... Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang akan ambik alih. Tu antara lain sedikit gambaran mengenai rancangan gegar vaganza bagi musim ke-5. For those yang meminati rancangan Gegar Vaganza, Save the date ok.

Tengok senarai peserta... Memang otai-otai semuanya. Mesti persaingannya sengitkan kan? Antara 12 peserta tersebut, Fiza minat dengan Zamani. Korang pulak bagaimana? Lama dah kan tak tengok dia perform...

5 Comments

  1. yahuuu ramai yang best2 ni.. ada Zamani !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Lama tak tengok dia nyanyi. Dulu suka gila dgn lagu zamani... Tak jemu ulang² mendengarnye.

      Delete
  2. bagi kmk x berapa menyengat glak peserta kali tok.. zamani jak febret kmk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali nanga #zamani juara GV5 nak ooo... Kmk nangga rami yang nyebut nya... Mudah²an jak menjadi realiti.

      Delete