Assalamualaikum, hai...
Tauhu Menjadi Hancur Apabila Digoreng? | Pergh! Nikmat apalagi nak didustakan apabila berjaya menghasilkan tauhu goreng yang cantik hasilnya. Tapi, Fiza sangat² jarang nak menggoreng tauhu. Buat sayur tauge, tauhu pun terus bubuh gitu je.


Kenapa tauhu hancur bila digoreng

Nak dijadikan cerita, petang semalam... Bapak Fiza belikan sayur tauge dan tauhu. Terlintas pulak difikiran nak menggoreng tauhu tersebut... Cecah pulak dengan sos kuah kacang... Tapi, sungguh kesian... Separuh tauhu Fiza goreng menjadi hancur. Punahla harapan nak teruskan niat... Alih² Fiza bubuh je dalam sayur tauge masak tumis. Dah siap! Walaupun nampak hancur, tapi anak-anak tetap suka. Lebih² lagi kak Alia... Gegemaran dia tu... 


Tauge masak tumis

Bila dah berpeluang pegang handphone, anak-anak pun dah tidur. Terfikir jugak nak carik info kenapa tauhu boleh hancur tiap kali digoreng. Rupanya, nak menggoreng tauhu agar hasilnya cantik dan tak hancur... Pun kena ada step... Bukan main hentam, cuci, bubuh garam dan terus goreng macam Fiza ye. Info ni Fiza perolehi daripada laman rasa.

CARA BETUL MENGGORENG TAUHU AGAR TIDAK HANCUR DAN MELEKAT DI KUALI


Kredit : rasa.my

First things first... Rupanya, sebelum tauhu digoreng... 
  1. Kena rendam dulu dalam air panas. Berapa minit tu...Takde pulak dijelaskan. Agak²... Sampai air panas tu sejuk kot.
  2. Kemudian, potong tauhu ikut kesesuaian... tapi tidak terlalu kecil atau nipis.
  3. Gaulkan dengan sedikit tepung jagung dan garam. Salutan tepung jagung pulak biarlah nipis.
  4. Kemudian, goreng tauhu dalam minyak yang banyak dan panas. Kiranya tauhu nampak tenggelam dalam minyak yer..
Ropanya... Memasak pun kena ada skill'nya. Kan? Tapi, Fiza tahu cara nak pilih tauhu yang bagus dan berkualiti. Tipsnya, perhatikan tekstur tauhu tersebut. Kena lembut dan mudah hancur. Pernah terbaca tapi tak ingat di mana... Kalau tauhu tu nampak lembut dan mudah hancur... Bermakna tauhu tersebut tidak mengandungi bahan-bahan kimia. Itu tips yang pertama. Kedua pulak, pastikan tauhu tidak berlendir... Kalau dah berlendir tu, bermakna dah tak elok untuk dimakan. Kemudian, tips yang ketiga iaitu yang terakhir... Tauhu yang berkualiti, baunya pasti segar bau kacang soya dan bukannya bau bahan kimia ye.

Begitulah realiti kehidupan yang tidak dapat kita nafikan... Dalam dunia memasak sekali pun... Kekadang benda mudah pun kita fail untuk hasilkan yang terbaik. Selagi berpeluang... In Shaa Allah, akan guna peluang yang ada untuk terus menambah ilmu. Wallahu'alam...

Semoga bermanfaat buat kita bersama. 

0 Comments