DIA YANG MENULIS

Drama Alamatnya Cinta Di Astro Ria


Assalamu'alaikum, hai...
Drama Alamatnya Cinta Di Astro Ria | Merupakan drama yang bakal menggantikan drama Apa dosaku. Menurut sumber, megadrama terbaru ini merupakan adaptasi daripada drama popular Korea... Full house, yang mana akan menampilkan gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama. Akan mula ditayangkan pada 20 Ogos 2018, setiap Isnin hingga Khamis... Pukul 10 malam, di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.


Alamatnya Cinta adaptasi Full House

Berdasarkan sumber jugak, terdapat beberapa pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut... Antaranya ialah :-
  • Hisyam Hamid sebagai Faliq Assad
  • Hannah Delisha sebagai Ellie Farhana
  • Fahad Iman sebagai Omar
  • Cik Manggis sebagai Emma
  • Alicia Amin sebagai Jasmin
  • Jasmine Suraya sebagai Natalia
Manakala untuk sinopsis... Drama alamatnya cinta mengisahkan tentang seorang gadis iaitu merupakan seorang penulis... Yang mana telah ditipu oleh sahabatnya sendiri sehingga semua yang dimiliki termasuk rumahnya berpindah tangan dan telah dijual kepada seorang pelakon terkenal. Untuk mendapatkan rumahnya semula, dia bersetuju mengikat kontrak perkahwinan dengan pelakon tersebut. Adakah perkahwinan mereka berjaya atau sekadar mengikut kontrak?

Sumber : Myinfotaip

Based on wikipedia pulak, berikut adalah sinopsis drama korea Full House...
Ji-eun, an aspiring scriptwriter, lives in a house called "Full House" built by her late father. One day, her two best friends trick her into believing that she has won a free vacation. While she is away, they sell her house. On the plane, she meets a famous actor named Young-jae. Through comedic events, they get acquainted during her vacation and when she returns, she discovers that her house has been sold to him.
Though they do not get along with each other due to their contrasting habits, they agreed to live with each other. At first, Ji-eun works as his maid in order to buy her house back. However later, they enter into a contract marriage as Young-jae wanted to make his crush, Kang Hye-won, jealous. Complications arise as Ji-eun and Young-jae become attracted to each other.

Dulu, drama Korea Full house memang famous dan pernah menjadi fenomena di kalangan peminat drama Korea. Tapi, masa tu Fiza tak layan pun full house... Walaupun members selalu ajak tengok. 

Kali ni, kita akan tengok version Melayu pulak. Sejauh mana ia dapat menandingi drama sebenarnya... Kenalah menonton sendiri untuk merasai pengalamannya. Save the date ok! Tapi... Pada yang dah tengok full house... Mesti dah tahu, bagaimana plot ceritanya bukan... Kalau diubah pun, mungkin sikit. Ye tak?


Kemudian, menariknya megadrama ni jugak... OSTnya Hana Delisha sendiri yang nyanyikannya bersama dengan Aziz Harun. Alang² dah bercakap pasal OST atau lagu tema alamatnya cinta... Di sini, Fiza nak share jugaklah lirik lagu Hana tersebut. 

Bae…apa kabar kamu
Adakah kau berpunya lagi
Dengarkanlah lagu ku

I said hey…bila nak bertemu
Senyum mu tetap bermain di mindaku
Ku rasa kau perlu tahu

Oh…di antara berjuta
Engkaulah satunya
Wanita yang ku cinta
Oh Farhana…

Baby baby baby
Hana…kau buat ku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
Ku milikmu selamanya

Hana…kau buat ku bahgia
Tak mungkin ada serupa kamu saja
Cintaku sampai ke syurga

Hana oh Hana
Sampai ke syurga
Hana…

Selama ini puas ku nanti
Bila kan kau bertanyakan diri ini
Haruskah ku yang memulakan dahulu

Oh…di antara berjuta
Engkaulah satunya
Wanita yang ku cinta
Oh Farhana…

Oh Hana…kau buat ku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
Ku milikmu selamanya

Hana…kau buat ku bahgia
Tak mungkin ada serupa kamu saja
Cintaku sampai ke syurga

Kamu aku tahu kita
Mahukan yang terbaik saja
Kamu aku inikah cinta

Oh…
Kamu aku tahu kita
Mahukan yang terbaik saja
Kamu aku inikah cinta

Hana…kau buat ku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
Ku milikmu selamanya

Hana…kau buat ku lupa
Hati yang telah lama terluka
Ku milikmu selamanya

Hana…ohhh…
Kamu saja
Ku milikmu selamanya

In Shaa Allah, ada masa bolehla tengok. Fiza... Kekadang kalau dah lepas jam 10 malam memang dah tidur dah... Lebih-lebih lagi waktu sekolah... Nak kena bangun awal siapkan bento encik suami dan Alia. That why, tak semua drama Fiza akan update... Apa yang menyempat tengok, ada masa nak writeup... Bolehla update.

Ok! Have a nice day. 

Post a Comment

0 Comments