DIA YANG MENULIS

Bila Hujan, Mesti Blackout!


Assalamualaikum, hai...
Bila Hujan, Mesti Blackout! | Begitulah situasi yang sering kami hadapi. Bila call SESCO, jawapan sama dari dorang... Tranformer jana kuasa melebihi muatan. Ramai yang dah complain... Tapi lansung tiada pendekatan. Nak atau tidak... Kena hadapla situasi seluruh kampung bergelap.


Bila hujan mesti blackout

Sebab tu... Fiza selalu masak waktu petang untuk dinner, takut blackout punya pasal. Begitu jugak homework si kakak... Kalau boleh, sebelum petang lagi dah disiapkan.

Dari dulu sampai sekarang, lampu automatik sentiasa ada di rumah Fiza untuk standby. Nasib baik... Jam 6 petang dah makan... Kalau tak, makan dalam keadaan lampu samarla jawabnya. Haha... Ala² candle light dinner gitu. Kan?

Sejam dah berlalu... Jam di dinding menunjukkan pukul 8 malam, nampaknya tak berpeluang la nak tengok drama bersiri cinta bukan kristal untuk episod 15. Huhu... 

Bila dah bergelap, encik suamila jadi peneman ke dapur. Al-maklumla, takut punya pasal. Kalau nak tunggu lampu menyala... Semua kerja tertangguh. Sabar jela, dalam gelap pun boleh lipat kain tau... 

Nasib baik... 8:45 dah ada elektrik. Kalau tak... Tidur bergelap la sepanjang malam ni... 


#Blackout

Post a Comment

0 Comments