Assalamu'alaikum, hai...
Terbaru! Datuk Mahadzir Lokman Meninggal Dunia | Fiza baru baca online news, terkejut jugak dengan berita kematian Datuk Mahathir Lokman... Siapa yang selalu mengikuti Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa, pastinya mengenali beliau. Siapa tak kenal dengan pengacara tersohor seperti beliau. Kan?


Berita kematian Mahathir Lokman
Kredit : Page Astro Awani

Betul!... Fiza pun suka dengar beliau menjadi pengacara rancangan tersebut. Beliau sangat hebat dengan kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Potugis. Disebabkan kebolehan tersebutlah... Beliau seringkali diundang sebagai pengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa... 

Beliau jugak pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada tahun 2006 atas usaha beliau mempromosikan bahasa dan budaya Perancis.

Perginya beliau pada hari Jumaat yang penuh barakah, sungguh mengejutkan kita semua. Namun, apakan daya... Semuanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T.  Semoga rohnya dicucuri rahmat... Aamiin.

Al-Fatihah ...
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

Al-Fatihah...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ

#Berita
#MahadzirLokmanMeninggalDunia