DIA YANG MENULIS

AKTIVITI PRA KEMERDEKAAN DI SEKOLAH


Assalamualaikum, hai...
AKTIVITI PRA KEMERDEKAAN DI SEKOLAH KAK ALIA - Balik sekolah semalam, awal-awal lagi Alia dah bagitau Fiza yang mereka akan ada pertandingan larian harini bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan 2018.


Sambutan kemerdekaan 2018

So, sebagai persiapan pagi ni... Fiza buatkan dia secawan milo dan nasi goreng ikan bilis untuk breakfast... Encik suami pulak, secawan omega plus dan oat sudah cukup katanya, buat alas perut. Mula² Alia tak nak habiskan nasi goreng dia. Bila Fiza cakap "Nanti nak berlari, mesti tak bertenaga... Bila tak bertenaga macam mana kak Alia nak dapat nombor"... Bila mendengarkan kata² Fiza, barulah dia bersemangat nak habiskan nasi goreng dia. Kemudian, Fiza bekalkan baju spare. Kot² lepas lari dia berpeluh. Nanti tak selesa pulak. Nasib baik encik suami tolong ingatkan.

Antara aktiviti mereka harini adalah seperti senaman arobik, kibarkan bendera dan larian. Itu based on gambar² yang encik suami whatsApp kan kepada Fiza. Semalam ada jugak encik suami bagitau... Last aktiviti dorang nanti adalah #QuranHour.


Aktiviti prakemerdekaan di sekolah 2018

Alhamdulillah, berkat doa dan tip bagaimana nak menang larian... Yang encik suami berikan... Kak Alia akhirnya menang jugak larian harini. Ni... balik nanti mesti excited nak bercerita tentang apa yang dah berlaku di sekolah harini. Haha... Tetiba pulak rindu zaman sekolah. Kalau boleh dibalikkan zaman tu... Alangkah indahnya... Kan?


Post a Comment

6 Comments

  1. Tahniah Alia... Boleh join larian selalu nampaknya

    ReplyDelete
  2. Tahniah Alia.. Semoga terus sukses di sekolah dan menjadi anak solehah :)

    ReplyDelete
  3. haah kalau boleh patah balik nak gi sekolah balik hehe

    ReplyDelete
  4. Wah, anak2 mun ada aktiviti skul mmg bsmgt. Tahniah kakak alia 😁

    ReplyDelete
  5. comel2 kanak2 ni semua.. siap ootd merdeka =D

    ReplyDelete