Assalamu'alaikum, hai...
Terhangat episod 21 Jangan benci cintaku | Siapa yang tak pernah tinggal layan drama Jangan benci cintaku, pastinya terasa geram menonton episod malam ni kan... Di mana Husna memberitahu Shah, bahawa dia mengandungkan anak Shah. Isteri mana tak sedih, even tak reti nak tunjukkan kasih sayang pada Shah... Walaubagaimana pun, Akhirnya Shah dan Husna bertunang jugak... Tu pun atas desakan Nek Pah. 

#DramaSangat. Memang fenomena 1 Malaysia la drama ni... Hari-hari timeline fb penuh dengan status maki hamun watak Husna dan Nek Pah.

Baca Juga : Nama Husna popular di facebook

Bermakna para pelakonnya memang hebat dan gandingannya pun mantap. Kalau lakonan tak menjadi... Masakan orang asyik membawang watak-watak dalam drama tersebut right. Namun, suka Fiza nak ingatkan diri jugak...

#1. Bila kita dah berjanji, janji mesti kena ditepati.

#2. Sebagai suami atau isteri kenalah tahu status diri. Bila berada di luar rumah, kenalah jujur akan status diri... Jangan cuba nak menipu. Bila menipu, dah berlaku... Pastinya ada musibah akan mendatang. Take note ok!

#3. Jangan suka-suka berkongsi masalah rumahtangga dengan orang yang baru kita kenali, kekadang apa yang kita luah akan menjadi bahan untuk orang lain ambik kesempatan.

#4. Last, as a parents... Jangan campur tangan dalam hal rumahtangga anak-anak, kecuali ada sesuatu perkara yang terjadi dan akhirnya memaksa kita untuk berbuat demikian.


Episod 21 Jangan benci cintaku
Kredit : Instapicto


HUKUM ORANG YANG TIDAK MENEPATI JANJI

Shah pernah berjanji dengan Fika,  semasa di Pert bahawa dia hanya ada Fika sorang je di dalam hatinya. Tapi, after 5 year... Semuanya berubah bila dia ada hubungan dengan Husna. Alang-alang bercakap mengenai berjanji... Fiza juga ingin mengingatkan tentang perihal berjanji dan hukum memungkiri janji... 

Satu perkara yang perlu kita ketahui, apabila Nabi SAW sebutkan tentang “Ciri-ciri orang munafiq itu ada tiga.” Itu adalah ciri-ciri, Nabi tidak menghukum orang itu munafiq, sebab itu kita jangan mudah menghukum orang munafiq. Sebab apabila kita menjatuhkan hukum munafiq ke atas seseorang, itu bererti kita menjatuhkan hukum kafir ke atasnya, kerana munafiq di dalam Islam hakikatnya adalah kafir. Munafiq adalah orang yang menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan keimanan.
Namun kita boleh mengatakan seseorang itu ada ciri-ciri munafiq. Kerana Nabi mengatakan bahawa di antara ciri-ciri munafiq adalah “Apabila dia berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat.”
Sebab itu kalau ada orang yang berjanji tetapi dia tidak menunaikan, dia memiliki ciri-ciri orang munafiq. Sedangkan firman Allah SWT di dalam Al-Quran,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
“Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah janji-janji.” (surah Al-Maidah, 5:1)
Juga Allah menyatakan ciri-ciri orang yang berjaya, salah satunya adalah,
وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
“Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” (surah Al-Mukminun, 23: 8)
Kesimpulannya, kenalah berhati-hati dengan janji. Jangan bermain-main dengan janji kerana ia akan dituntut di akhirat kelak oleh orang yang kita janjikan kepada mereka sesuatu.

#AkasiaTerbaru#JanganBenciCintaku