Assalamu'alaikum, hai...
Terbongkar kisah di sebalik terlakur cinta suci | Anak dah tidur, semalam... Menontonla jugak drama terlakur cinta suci. Permulaan ceritanya agak membosankan... Di mana Aleyna, bekas GRO ingin berubah dan datang ke sebuah masjid. Di situlah kisahnya bermula apabila bertemu dengan ustazah Safiya, ustaz Aqruddin dan Izzati. 

Keinginan Aleyna untuk berubah dan belajar ilmu agama dipermudahkan dengan bantuan ustazah Safiya, bila mana dia memperkenalkan suaminya Aqruddin sebagai tenaga pengajar buat Aleyna. Disebalik perkenalan itu, ustazah Safiya ingin menjodohkan Aleyna dengan suaminya atas faktor dia tidak mampu memberikan zuriat buat ustaz Aqruddin.

Izzati marah bila mengetahui idea untuk menjodohkan Aqruddin dengan Aleyna. Dia juga menyimpan perasaan terhadap Aqruddin. Namun, setelah mendengar penjelasan dari ustazah Safiya, Izzati terdiam... Mungkin ada benarnya, Aqruddin bukan pilihan terbaik buat dia. Bagi Safiya... Izzati seorang yang sukakan lelaki yang kaya dan ada nama. That why, ustazah Safiya tak nak pilih dia sebagai calon madunya.

Setelah keadaan mengizinkan, Aleyna pun dah belajar banyak ilmu agama. Akhirnya Safiya setkan satu masa untuk memperkenalkan seseorang kepada Aleyna seperti yang sering dia perkatakan sebelumnya. Ustaz Aqruddin pulak terpaksa akur akan permintaan isterinya, walaupun hakikatnya dia tidak bersetuju.

Aleyna yang merasakan dirinya tertipu, lansung tidak ke masjid lagi... Rupa-rupanya dia tak sihat. Disebabkan tak sedap hati, ustazah Safiya, ustaz Aqruddin dan Izzati ke rumah Aleyna. Tapi... Sayangnya mereka sudah terlambat. Aleyna meninggal dunia disebabkan penyakitnya. 

Cerekarama terlakur cinta suci
Kredit : Myinfotaip

REVIEW TELEMOVIE TERLAKUR CINTA SUCI

Pada Fiza, ia sebuah telemovie Islamic yang membincangkan satu isu yang serius untuk difikirkan. Tapi, perjalanan ceritanya sedikit sebanyak boleh dibaca... Sebabnya dari awal hingga akhir... Perjalanan ceritanya banyak melibatkan lokasi dan pelakon yang sama... Takde sangat babak tanda tanya... Agak mendatar jugaklah plot ceritanya. Not bad... 

Jika diberikan sekala... Fiza bagi 3/5. Korang pulak bagaimana?

#TerlakurCintaSuciTv3
#Cerekarama

1 Comments

  1. Zumal tengok gak tak sangka Aleyna terlalu stress sampai membiarkan diri merana sampai meninggal dunia...

    ReplyDelete