Assalamu'alaikum, hai...
Peserta Da'i Musim Ke-6 | Semalam, tengok tak minggu pertama rancangan terbaru di tv3... Da'i pendakwah nusantara?... Di mana, disiarkan setiap malam Jumaat, Jam 9 malam. Menurut harian Metro, hadiah yang cukup lumayan turut ditawarkan... Di mana juara akan membawa pulang RM60, 000. Manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15, 000 dan RM10, 000.

Minggu 1 Da'i 6
Kredit : www.utusan.com.my

SENARAI PESERTAI DA'I KEENAM
Terdapat 10 peserta yang bertarung selama 11 minggu dan mereka terdiri daripada 8 peserta lelaki dan 2 peserta wanita... Iaitu :-

Abd Syahmi Asri Kamarudin ( 20, Pahang )
Muhammad Syukri Wafi Mukhti ( 24, Kelantan )
Noor Syazwani Zuriati Rohazey ( 21, Kedah )
Haziq Safwan Norzaman ( 22, Perak )
Muhammad Hafizhullah Ahmad ( 25, Kedah )
Imran Mohd Zaki ( 21, Selangor )
Muhammad Danial Jaffar ( 27, Pahang )
Mohd Amirul Mukminin Yusoff ( 23, Kedah )
Muhammad Adam Muhibullah Abdullah ( 26, Sabah )
Raja Nur Shazatul Aisyah Raja Idris Shah ( 18, Perak )

Untuk minggu pertama, peserta yang tersingkir akan diumumkan pada minggu ke-2. Tapi rasa-rasanya, untuk first week takde kot penyingkiran... Dan... Semalam punya persembahan... Korang vote siapa?

Kalau tanya Fiza, semalam punya persembahan... Fiza suka tengok persembahan Da'i Adam dari Sabah... Dengan tazkirahnya berjudul pengasuh. Sangat menyentuh hati... lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan arwah adik Raykal.

Peserta lain pun hebat-hebat belaka... Baru first week, ada lagi 10 minggu kot... Siapa-siapa je boleh jadi juara... Kan?

#Da'iKeEnam