Assalamu'alaikum, hai...
Penting! Tarikh pengemaskinian maklumat pendapatan PTPTN dilanjutkan | Alhamdulillah, Fiza dah selesai buat pengemaskinian. Encik suami kata... Buat je, even tak bekerja... Lama dah start bayar. Hutang... Kenalah bayar right. Selagi tak bayar, selagi tula asyik fikir pasal hutang. Alhamdulillah, dah selesai update 25 haribulan haritu.



TARIKH LANJUTAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENDAPATAN PTPTN

Tapi, tadi masa mak tengok berita tv1... Dia bagitau Fiza... Berita kaki ada menyatakan tarikh pengemaskinian maklumat pendapatan PTPTN dilanjutkan. Takut menyebarkan #beritatidakbenar , Fiza buat double check di laman PTPTN... Alhamdulillah, ternyata berita tersebut adalah benar dan ia dilanjutkan sehingga 31 Julai 2018. So, masih lagi ada masa buat mereka yang belum membuat pengemaskinian.

CARA BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENDAPATAN PTPTN

Cara nak mengemaskini pulak, amatlah mudah... Mesti tahu nombor pinjaman korang. Tak sampai 10 minit dah settle... Janji line clear. Kalau tak tahu pun... Call je careline ptptn di 03-21933000. In Shaa Allah dorang akan bagi nombor pinjaman korang... Kalau line busy jugak... Just call cawangan ptptn yang berdekatan.

Tapi, kalau Fiza... Fiza just ambik nombor pinjaman dari penyata ptptn yang dorang hantarkan sebelum ni. Tak pun boleh dapatkan melalui email yang dorang hantar.

Dah tahu nombor pinjaman... 

Step seterusnya, klik...
https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/

Isi maklumat dan tekan Log masuk. Kemudian isi kesemua maklumat... Save. Dah siap.

Selamat membuat pengemaskinian ye.

#KemaskiniPTPTN


2 Comments