Assalamu'alaikum, hai...
Minum air pada waktu yang betul? | Memandangan cuaca agak panas sekarang ni. Fiza jugak nak share berkaitan dengan minum air kosong. Kekadang ada jenis orang... Dia susah nak minum air kosong... Maybe, dengan minum pada waktu yang betul... Akan membuatkan kita lebih suka untuk minum, lebih-lebih lagi bila kita mengetahui akan setiap kelebihannya.

WAKTU MINUM AIR KOSONG DAN KELEBIHANNYA


Minum air kosong  mengikut masa
Kredit : Facebook

2 GELAS AIR
Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dikatakan dapat membantu menggiatkan organ dalaman.

1 GELAS AIR
Minum segelas air 30 minit sebelum makan dikatakan dapat membantu proses penghadaman.

1 GELAS AIR
Minum segelas air sebelum mandi dikatakan dapat membantu menurunkan tekanan darah.

1 GELAS AIR
Minum segelas air sebelum tidur dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.

Lagi 3 gelas bila nak minum, sedangkan kita disarankan untuk minum air kosong 8 gelas sehari. Pada Fiza, baki 3 gelas lagi bolehlah diminum pada masa perantaraan waktu yang disarankan. Mudah je....

Seriously... Bila kita minum 8 gelas atau lebih air setiap hari, badan sentiasa berasa segar... Jarang letih, sembelit dan juga pening. Apa-apa pun, semoga info pendek ini memberi manfaat buat kita semua. Ingat! Jangan culas minum air ye... Cuaca agak panas sekarang ni.

Have a nice day all.

#MinumAir

1 Comments