Assalamu'alaikum, hai...
Menaip entri blog guna tab je? | Serius, sejak beberapa tahun kebelakangan ni... Fiza hanya update blog guna dua benda je... Handphone Oppo dan tab Huawei kepunyaan encik suami. Tak mampu lagi nak beli laptop... Haha. Kesian kan?


Guna tab update blog

Entahla, bila dah terbiasa guna tab untuk update blog... Lansung tak terfikir nak guna laptop... Sedangkan ada je pun laptop encik suami. Pada Fiza, update guna tab lagi mudah... Walaupun hakikatnya agak leceh. Mudah maksud Fiza... Senang... Duduk celah mana pun... Boleh lagi update blog. Kan? Betul tak? Selagi takde gangguan daripada anak-anak. Rasanya ok jugak guna tab. 

BAGAIMANA NAK UPDATE BLOG GUNA HANDPHONE ATAU TAB

Alhamdulillah, setakat ni fiza guna aplikasi notepad dalam tab je untuk draf entri. Dah siap... Copy and paste je di blogger.com menggunakan browser google chrome. Nanti, dah siap highlight... letak link semua... Last sekali, baru masukkan gambar yang bersesuaian. So far, guna tab huawei memang selesa... Dua belah tangan boleh digunakan untuk menaip.

Biasanya, Fiza akan taip entri bila anak-anak dah tidur... Tau jelah budak, pantang tengok kita pegang handphone atau tab... Confirm! Nak join sekaki. Tapi, dengan Fiza tegas sikit bab-bab gadget... Main pun hanya masa tertentu je. Tu pun tak boleh lama.

Dah siap semua entri... Barulah autopublish... In Shaa Allah, dalam perancangan ada jugak nak beli laptop... Tengoklah nanti macam mana... Yang penting, takde laptop pun boleh lagi berblog... Yang penting, minat. Betul tak?