Assalamu'alaikum, hai...
Kebaikan Serai yang mungkin kita tak tahu! | Kita sering menggunakan serai dalam masakan kita setiap hari. Betul tak? Selain untuk menjadi perasa dan menambahkan aroma dalam masakan... Korang tahu tak, serai juga sangat baik untuk mereka yang selalu mengalami badan berangin. Bagaimana?


Faedah serai untuk kesihatan
Kredit : www.wom.my

Fiza pernah terbaca dalam majalah wanita tentang satu petua ni... Iaitu, Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, sedikit garam dan air. Jika diamalkan... Ia dikatakan dapat membantu mengeluarkan angin di dalam badan.

Sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam. Tapi, selagi tak memudaratkan... In Shaa Allah, boleh cuba petua alami ni. Siapa pernah cuba petua ni? Ke ada petua lain, yang lagi berkesan. Jom! Kita berkongsi di sini.

#Petua
#KelebihanSerai
#PetuaBuangAngin

0 Comments