Assalamu'alaikum, hai...
Kasut hitam di sekolah mulai tahun hadapan - Dr Maszlee | Malam ni, ramai kaum ibu update status mengenai pemakaian kasut hitam di sekolah. Rata-rata menyokong kenyataan Dr Maszlee. Termasuklah Fiza sendiri. Hehe...

Kredit : www.astroawani.com

Ada baiknya menggunakan kasut hitam... Yelah, kalau dah seminggu sekolah dan hanya ada sepasang je kasut... Pastinya, berganda tenaga mak-mak nak sental. Kekadang, bermacam petua kaum hawa share di fb... Semata-mata nak putihkan kasut sekolah anak-anak. Fiza percaya... Pengumuman Dr Maszlee pastinya menggembirakan kaum ibu. Betul tak? Harap lepas ni... Warna pakaian pulak berubah... Kan?

Bermakna 2019 nanti, semuanya seragam berkasut hitam. Semoga ia memberi semangat baru buat semua... Dalam menimba ilmu yang mana semakin hari cabarannya semakin bertambah. Semoga pihak kerajaan terus berusaha untuk memperbaiki sistem dan kemudahan pendidikan negara.

#IsuSemasaPendidikan
#KasutSekolahHitam

0 Comments