DIA YANG MENULIS

Gambaran episod 3 hingga 7 cinta tiada ganti

Assalamu'alaikum, hai...
Gambaran episod 3 hingga 7 cinta tiada ganti | Ara, Saniey dan Yim bercadang untuk bercuti di Pulau Langkawi. Suatu hari semasa menunggu bot untuk ke Pulau, Mukriz terlanggar Ara... Ara marah. Namun mereka meneruskan perjalanan ke Pulau... Ketika di Pulau, di pantai Ara bercerita tentang tempat tersebut... Dan seorang pengurus tempat tersebut mencuri dengar lalu ingin menawarkan pekerjaan pemandu pelancong buat Ara.

Selepas berbincang dan bertukar nombor phone, Ara bergerak untuk mendapatkan Saniey dan Yim. Terserempak pulak dengan seorang gadis oku bernama Rain iaitu adik kepada Mukriz... Disebabkan kesian... Ara layan ke mana sahaja Rain nak. Dalam masa yang sama... Mukriz tercari-cari akan adiknya.

Masa makan malam... Satu lagi insiden di mana Ara jatuh, apabila tiba-tiba mukriz tarik kerusi tanpa sengaja. Ara semakin marah dan meluat dengan perangai Mukriz... Mukriz minta maaf, tapi tidak diendahkan oleh Ara. Lalu kena tumbuk dengan Yim. Ara sempat bagikan sapu tangan kepada Mukriz untuk lap kesan kena tumbuk. Pelbagai perkara telah berlaku... Termasuklah soal hati dan perasaan. Yim menyukai Ara... Dalam masa yang sama Saniey pula menyukai Yim... Ara tahu akan perasaan Saniey... Dan Ara telah mendamaikan mereka...

Dari sudut yang lain, Mukriz throwback balik bagaimana dia dan adiknya Rain ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Rupanya, Mukriz dan Rain adalah anak kepada Raimi dan jugak merupakan cucu tiri kepada Nenda. Nenda jugak turut mendatangkan masalah di pejabat... Dengan harapan untuk merebut kuasa. Dia mahukan Mukriz menyiapkan 4 majalah dalam masa  sebulan... Buntu tidak tahu siapa nak dijadikan cover majalah... Tiba-tiba Rain menunjukkan gambar Ara kepada staff Mukriz. Mereka setuju untuk menawarkan job tersebut kepada Ara. Namun Mukriz lansung tak bersetuju. Disebabkan sudah tiada model yang sesuai... Mukriz mencari Ara sambil pergi bercuti di sebuah pulau... Kebetulan masa tu... Ara dah start kerja sebagai pemandu pelancong... Mukriz cuba untuk mintak maaf dengan Ara... Namun, Ara still hambar.

Episod 3-7 cinta tiada ganti
Kredit : www.1layanon9.net

Sampaila terjadi satu insiden, Ara jatuh dari bot gara-gara nak ambik gambar ibunya yang terbang ditiup angin. Siapa sangka Mukriz terjun menyelamatkan Ara dengan satu pelampung... Disebabkan keadaan laut bergelora... Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau yang tiada penghuni... Pelbagai cara mereka lakukan untuk mendapatkan makanan... Dan Mukriz jugak tak putus-putus mencuba on handphone miliknya... Namun masih tidak berjaya... Ahli keluarga Ara dan staff Mukriz mula mencari mereka... Namun masih tidak berjaya.

Di pulau tersebut... Mukriz cuba untuk berbaik dengan Ara... Semata-mata nak tahu siapa nama Ara. One day, dia dapat telur burung puyuh... Dari situ, Mukriz bercerita tentang perihal dia... Di mana suatu masa dahulu dia pernah terserempak dengan seorang budak perempuan ketika mengambil telur burung puyuh dan sampai saat itu dia masih ingat akan budak perempuan tersebut. Mendengarkan cerita Mukriz, hati Ara tak keruan. Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah mereka berjaya keluar dari pulau tersebut? Siapa yang menyelamatkan mereka?... Kenalah tengok episod 8 petang ni, semestinya di Astro Prima ok.

#DramaBersiri
#CintaTiadaGanti

Post a Comment

0 Comments