Assalamu'alaikum, hai... 
First time dengar jenama 'BIJAN'! | Allahu Akhbar, dek kerana masalah kesihatan... Fiza tak ikut sangat perkembangan isu semasa... Sampaila duatiga hari ni... Scroll fb... Ada yang update status terbalikkan Najib jadi bijan, handbag bijan la... Dalam hati, ni mesti berkaitan Datin Rosmah Mansor... 

Handbag jenama bijan
Kredit : The Star

So, carilah jugak di google... Bab-bab isu semasa, Fiza suka baca online news... Dan berikut adalah keratan akhbar berkaitan jenama bijan daripada Bharian... 

KUALA LUMPUR: Ramai yang ternganga apabila mendengar nama Bijan disebut sebagai salah satu jenama beg yang dirampas daripada kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ramai yang tidak pernah mendengar nama jenama berkenaan, malah media meminta Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media semalam mengeja perkataan Bijan bagi mendapatkan kepastian mengenai jenama berkenaan.
Bijan yang disebut Amar Singh itu bukanlah jenama yang mengambil nama bijian bijan sebaliknya Bijan yang disebut sebagai bizaen (perkataan dalam bahasa Iran) adalah antara jenama yang paling eksklusif dan antara termahal di dunia yang dikategorikan sebagai barang rekaan khas dan jenama ikonik. Berdasarkan carian di blog, The Most Expensive Journal, Bijan adalah antara jenama fesyen yang menjual kelengkapan lelaki dan wanita termahal di dunia dengan harga stokin mencecah RM403 sepasang, manakala harga bagi tali leher bermula pada harga RM4,031 setiap satu dan satu persalinan sut bermula pada harga RM100,000.
Pada mulanya, jenama Bijan ini hanya boleh ditempah khas daripada pereka fesyen terkemuka Bijan Pakzad (meninggal dunia 2011) yang juga pengasas jenama ini melalui temujanji khasBijan pada awalnya adalah satu-satunya pereka fesyen bagi semua jenis kelengkapan badan lelaki, iaitu daripada pakaian, kasut, skaf, tali leher, barang kemas dan jam tangan hingga ke beg bimbit dan haruman eksklusif. Beliau kemudiannya menambah koleksi kepada pakaian dan kelengkapan wanita termasuk beg tangan, haruman dan barang kemas. Bijan juga pernah bekerjasama dengan Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta berkenaan.
Amar Singh mendedahkan beg jenama Bijan itu tidak boleh dibeli di pasaran biasa sebaliknya ia ditempah khas adalah antara 567 beg tangan daripada 37 jenama yang dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri itu dan paling mahal dipercayai beg jenama Bijan berharga RM1.6 juta. Difahamkan harga bagi satu beg sandang kulit buaya dicatatkan dalam portal online berharga RM16,105. Selain jenama Bijan, beg tangan yang dirampas termasuklah jenama Hermes, Prada dan Chanel. Beg tangan Hermes saja bernilai kira-kira RM51.3 juta. Harga bagi beg tangan Birkin jenama Hermes adalah antara RM25,000 and RM100,000 dan beg koleksi khas harganya lebih daripada jumlah itu. Untuk rekod, Bijan Pakzad yang lebih dikenali sebagai Bijan kelahiran Iran mencipta nama di Los Angeles, Amerika Syarikat adalah perunding imej kepada lima Presiden Amerika Syarikat lebih 40 tahun bermula daripada zaman Ronald Reagan, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Barack Obama.
Beliau juga adalah pilihan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair and Presiden Russia, Vladmir Putin selain menjadi pereka pilihan selebriti dan tokoh terkemuka dunia seperti Malcolm Forbes, Roger Moore, Pierre Trudeau, Raja Juan Carlos, Barry Manilow, Raja Hussein (Jordan) dan pemain gitar, George Benson dan pemain bola keranjang Micheal Jordan. Pereka fesyen itu juga turut menjadi pilihan pereka fesyen lain seperti Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani, selain artis berprofil tinggi seperti Tom Cruise and Anthony Hopkins. The Huffington Post menamakan butik House of Bijan sebagai kedai ikonik yang paling mahal yang mana Bijan memaparkan kemewahannya menerusi rekaan dalaman dihiasi candelier kristal, perabot mewah dan lantai marmar.
Sebelum kematiannya, Bijan yang dikenali sebagai pereka fesyen eksklusif hanya menerima tempahan melalui temujanji khas dengan di butiknya di Rodeo Drive Beverley Hill di Los Angeles. Bijan hanya menerima lima hingga enam pelanggan dalam satu hari. Dalam satu laporan media mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Los Angeles dinamakan sebagai destinasi pilihan beli belah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rupanya... Seriously, first time dengar jenama bijan tau... Al-maklumlah... Orang biasa seperti Fiza... Mana mungkin nak shopping handbag mahal... That why takde ilmu sangat. 

Atleast, bila baca isu handbag bijan... Taula jugak antara jenama paling mahal di dunia kan... 

No wonder mahal... Handbag custom made kan? Lepas tu... First time kebanyakkan orang dengar dan tahu... So, ramailah mencari info berkaitan dengannya... Then, secara tak lansung ia mendominasi carian di google. 

#HandbagBijan

6 Comments

  1. bijan tu org utara panggil lenga..haha..viral dah bijan buka fb ja merata org update kan fiza..

    ReplyDelete
  2. apasalle namanya bijan, kalau Bohjan atau bojan, sedap sikit kan fiza!

    ReplyDelete
  3. bijan oh bijan..hehe macam2 nama.. ternganga bila baca harga tu

    ReplyDelete
  4. terbaek bijan.. nanti ejulz nak buat jenama zluje.. hehe

    ReplyDelete