Assalamu'alaikum, hai...
Episod 8 cinta tiada ganti | Hampir seminggu mereka di pulau, tiada sorang pun yang tahu ke mana Ara dan Mukriz berada. Disebabkan Mukriz tak balik dan bosan menjaga Rania... Akhirnya, datin Vee iaitu nenda Mukriz mengambil keputusan untuk menghantar Rain ke hospital.

Cinta tiada ganti
Kredit : www.myinfotaip.com

Selain itu, dengan takdir Allah jugak... Handphone Mukriz akhirnya boleh dihidupkan. Malangnya, dia hanya sempat menelefon nendanya dan memberitahu di mana dia berada.

Di pulau, cinta di antara Ara dan Mukriz berputik. Namun, Mukriz still tak tahu akan nama Ara. Suatu hari mereka terlihat bot, masa tu jugak... Mukriz cedera disebabkan jatuh pokok. Namun, mereka berjaya keluar dari pulau tersebut dengan bantuan pemilik bot tersebut. Mukriz dan Ara dibawakan ke hospital. Nenda mengarahkan supaya Mukriz dipindahkan ke hospital swasta. Ara hanya sempat menulis nama di atas tangan Mukriz. Namun, Ara bernasib baik kerana salah seorang nurse telah memberi alamat hospital Mukriz kepadanya. Episod 8 berakhir dengan Ara balik ke pangkuan neneknya.

#Episod8
#DramaBersiri
#CintaTiadaGanti