DIA YANG MENULIS

Boleh jana pendapatan ke dengan menulis blog?

Assalamu'alaikum, hai...
Boleh jana pendapatan ke dengan menulis blog? | Bila dah setiap hari update status facebook berkaitan entri di blog... Seperti yang Fiza jangka... Pasti ada suara-suara sumbang yang akan bertanya... Apa faedahnya menulis blog? Boleh dapat duit ke?

Allahu akhbar, satu soalan yang hanya mampu Fiza balas dengan senyuman... Terutamanya pada tahun pertama dan kedua Fiza menulis blog... Sebab, Fiza menulis blog adalah atas dasar minat... If boleh jana pendapatan... Itu rezeki namanya. 


Walaubagaimana pun, alhamdulillah... Setelah 8 tahun menulis blog, merasa jugak duit hasil membuat review... Cheque dari Nuffnang... Dan In Shaa Allah, akaun google adsense pun dah boleh cashout. Lepas la untuk belikan aiskrim Alia dan Ain. 😂😂😂

Siapa kata... Blog tak boleh jana pendapatan?

Sekarang lagilah... Zaman di mana, semua orang cari maklumat di internet. Secara tidak lansung, media sosial seperti blog akan menjadi tempat untuk dirujuk... Bayangkan ia seperti sebuah kedai... Ramai orang serbu untuk dapatkan sesuatu barang... So, pastinya ramai para peniaga secara automatik ingin bekerjasama kepada pemilik sesuatu blog untuk membuat sesuatu pengiklanan. Bukankah itu satu advantage... Kena pandang ke depan. Yang penting... Jangan putus asa... Usaha dan terus usaha. Abaikan kata-kata sinis semua tu... Yang penting kita tahu apa yang kita buat. Jadikan blogger-blogger otai yang jana pendapatan bulanan 4 ke 5 angka sebulan... Sebagai inspirasi buat diri.

Monolog seorang ibu yang tengah pantang keguguran. Haha... Pantang-pantang pun, sempat jugak update blog. Kau ada... Tepukkkkkk... Haha.

Tapi kan... Bukan mudah sebenarnya nak menjadi penulis blog... lebih-lebih lagi kalau kita terlalu memikirkan pulangannya. Apa-apa pun, tepuk dada... Tanyalah selera. Semuanya terpulang kepada diri kita... Yang pasti, Fiza seronok ada blog. Atleast... Boleh jadi terapi di kala kebosanan... Kan?

#PendapatanBlog

Post a Comment

1 Comments