Assalamu'alaikum, 
Selamat Petang.

Keguguran pada minggu ke-9, 3 hari | Seperti yang kami rancang, this year... Memang nak ada baby dan tak sangka doa kami dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Sebulan before puasa, Fiza dah start alami perubahan pada fizikal. Puasa pun dua hari pertama je... Seterusnya, Fiza kena alahan teruk. Seperti Fiza ceritakan di entri sebelumnya di sini... 

Melihatkan keadaan Fiza yang sebegitu,  encik suami ajak Fiza ke Klinik berdekatan. Alhamdulillah, result urine test positive dan kena register buku pink sepatutnya harini... Sebab result darah keluar harini. Tapi, harini Fiza ke klinik jugak... Doktor nak tengok hasil follow up kes Fiza di hospital Sibu. Petang kot pegi... Tapi, doktor mesyuarat. In Shaa Allah, esok Fiza sekali lagi ke klinik. 

Pengalaman Mengalami Keguguran 

Nak dijadikan cerita... Beberapa hari lepas buat urine test... Brown spotting keluar balik... Dan tak berenti dalam masa 5 hari. Selain tu, tetiba dalam minggu tu jugak... Segala alahan Fiza hilang sekelip mata. Allahu Akhbar... Fiza mula rasa tak sedap hati dan mulai cari maklumat di google. Fiza jugak share masalah dengan adik yang kerja MA. Kebetulan... Dia balik beraya tahun ni. Dia pun cadangkan supaya Fiza cepat-cepat ke klinik. 

18 Jun 2018
Fiza dan suami pun terus ke klinik. Fiza bagitau nurse di kaunter. Terus mereka daftarkan buku pink buat Fiza. Hb, gula... Berat semuanya ok. Bila part Fiza cakap bleeding... Nurse terus letak sticker pink. Hurmmm... 15 minit lepas tu, Fiza kena jumpa doktor. Doktor pun scan dan buat sedikit interview kat Fiza. Memandangkan ada bleeding, dorang buat VE. Jalan still tertutup. Baby still ok. So, dengan dibekalkan ubat tab obimin... Fiza dibenarkan balik dan rehat. Tengok progress macam mana dan datang balik dalam masa dua minggu. 

19 Jun 2018
Sepatutnya, kami beraya di rumah mertua di Kuching... Melihatkan keadaan Fiza, encik suami sorang jelah balik. Bleeding Fiza semakin banyak... Tapi, sekali je keluar sehari... Sampaila malamnya, darah semakin kerap keluar but still on off warna coklat dan merah... Fiza tak sedap hati terus bagitau encik suami. On the spot dia balik kepangkuan Fiza. 

20 Jun 2018
Masa baring tengok tv, tetiba Fiza rasa benda berketul keluar. Masa tu jam 2.05 petang. Mak cepat-cepat bawak Fiza ke tandas. Sekali tengok. Allahu Akhbar... Ketulan darah sebesar genggaman keluar. Mak kuis-kuiskan, ternyata hanya kumpulan darah... Disebabkan gelabah, Fiza tak menyempat nak ambik gambar atau bawak sample ke klinik. 

Keguguran minggu ke-9

Fiza still cool dan siap-siapkan diri untuk ke klinik. Di klinik... Sekali lagi doktor scan dan buat VE. Ternyata laluan dah terbuka 1cm. Takdir Allah yang telah menentukan. Fiza terpaksa dikejarkan ke hospital sibu untuk proses 'cuci' dengan ambulan bertemankan emak... Encik suami dan bapak pulak naik kereta sendiri ikut dari belakang. 

9 lebih malam, sampai hospital Sibu... Fiza dibawa ke unit kecemasan.... Daftar, ambik darah dan terus dihantarkan ke wad Gnea.... Sekali lagi, masa nurse tolong tukarkan baju... Allahu Akhbar... Ketulan darah semakin banyak, tapi tiada janin dan kantung kelihatan. Tapi, Fiza still cool dan diam tanpa sepatah kata... Doktor pakar datang dan Fiza dibawa masuk terus ke satu bilik kecil... Di situ Fiza 'dicuci'... 

Based on google dan melalui apa yang Fiza tengok time doktor lakukan proses cuci... Mereka menggunakan kaedah ERPOC. Mula-mula cool walaupun menahan sakit. Tapiiii... Bila doktor tunjuk kan janin... Dan sebut 'your baby'... Hati remuk... Hanya Allah yang tahu... Fiza hampir pengsan... Dan nasib baik mereka cepat-cepat uruskan Fiza... Tukar baju semua dan dihantarkan ke katil... Fiza tak dibenarkan bangun... Nak kencing pun atas katil... 

Semalaman Fiza tak boleh nak pejamkan mata. Jam 12 Fiza disuruh berpuasa. Paginya, sekali lagi Fiza melalui prosedur scanning dan VE untuk memastikan rahim Fiza benar-benar bersih. Alhamdulillah... Jam 11 pagi 21/6, Fiza dibenarkan keluar wad. Walaupun hati sedih, namun now Fiza dah boleh terima kenyataan. 

Kita hanya mampu merancang. Setiap apa yang berlaku... Pasti ada hikmahnya. Fiza redha menerima takdirMu Ya Allah 😞.