Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis episod 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Mr.Grey | Lepas kawin, Mr.Grey dan Nisa Ardina pergi berbulan madu. Balik daripada bulan madu, tetiba Nabil muncul depan rumah. Datang untuk memohon maaf dan dia mengaku bahawa dialah yang telah melanggar Nisa. Apalagi, Nisa marahlah... Namun, api kemarahannya diredakan oleh Mr.Grey.

Di sisi yang lain, Jannah jumpa Ilham untuk tetapkan tarikh bila dorang nak cuba baju pengantin. Manakala, Puncak Angkasa yang diurus takbir oleh Mr. Red menghadapi masalah apabila beberapa projek mereka ditolak. At the same time, Nadine serbu Mr.Red kerana marah. Sebelum tu Mr. Red dah berjanji untuk berikan jawatan CEO kepada Nadine sekiranya Nadine sudi bekerjasama dengan dia untuk mengeluarkan Mr.Grey dari Puncak Angkasa. Namun, Mr.Red tidak menggotakan janji.

Kemudian, di sisi lain... Mr.Grey membenarkan Nisa menyambung pelajaran. Semasa pendaftaran. Nisa telah diletakkan di bawah budak master student bernama Hanum... Sedang mereka berbual, tiba-tiba datang seorang budak perempuan bagi majalah maskulin kat Hanum, kemain Hanum bila tengok gambar Mr.Grey jadi cover. Suka gila. Nisa yang melihat perilaku dia kehairanan.

Suatu hari, Jannah mintak Nisa temankan dia dan Ilham untuk mencuba pakaian pengantin. Masa kat butik, segala rahsia lalu Jannah habis pecah dek kerana mulut lancang mommy Mr.Grey. Masa tu jugak, Ilham putuskan hubungan dengan Jannah. Walaupun sedih, Jannah terima dengan hati yang terbuka.

Kemudian, berita gembira buat Mr.Grey dan Nisa. Akhirnya Nisa mengandung, dah boleh drive kereta dah. Mr.Grey bagi Nisa belajar memandu.

Balik dari ujian memandu, dapat kejutan hadiah kereta di laman rumah. Kemain excited... Tetiba seseorang menerpa Nisa dari arah tingkap kereta. Rupanya Ilham datang hantar pisang. Dia mohon maaf kat Nisa pasal dia dan Jannah tak jadi kawin. Nisa memaafkan dia.

Mr. Grey

Kemudian, Nisa dapat beberapa panggilan dari Mommy Grey... Tapi , Nisa tak angkat sebab Mr.Grey dah pesan jangan angkat. Sampai satu masa mama Mr.Grey datang untuk pujuk Mr.Grey. Mr.Grey setuju. Namun, sebelum tinggalkan Nisa... Mr.Grey tinggalkan kunci rumah dan dokumen penting soekiranya Mr.Grey tak balik. Nisa sedih... Dan episod 17 tamat di situ.

Dalam episod 18 pulak, Di pejabat Puncak Angkasa Kak Ain dan Nadine berbual tentang fail penyelewengan Mr.Red. Tanpa disedari, perbualan mereka didengari oleh Nazrie. Di rumah pulak, tok ayah, Malique, Mr.Red dan mommynya berbincang tentang hala tuju PA. Tetiba Nazrie... Ceo yang Mr.Red lantik call... Maybe dia nak bagitau perbualan Ain dan Nadine yang dia dengar.

Masa nak ke pejabat, tiba-tiba mommy malique perkenalkan bodyguard yang akan ikut ke mana sahaja Mr.Grey pergi. Mr.Grey akur dengan tindakan mommynya. Di pejabat, Nadine dan Ain bertembung dengan Mr.Red. Mereka telah dipecat kerana masuk campur kononnya. Di kampung, Jannah dan Nisa berbual di pantai... Apa yang Jannah kata, Nasihatkan Nisa supaya berhati-hati dan mungkin mommy Mr.Grey berpura memaafkan Nisa. Then, Nisa pun call Kak Ain. Marahnya Nisa pabila tahu Nadine dan Ain dipecat. Mr.Red jugak berkomplot dengan bodyguard mommys Malique agar Mr.Grey tak berhubung dengan Nisa.

Walaupun tak dapat berhubung dengan suaminya, Nisa teruskan aktiviti hariannya sebagai seorang pelajar seperti biasa... Sampaila suatu masa, rakan-rakan dan peguam Mr.Grey datang berjumpa dengan Nisa untuk berbincang tentang saham PA.

Kemudian, seperti biasa Jannah dan ibu Nisa temankan Nisa checkup ke klinik. Berita gembira, Nis mengandungkan anak kembar. One day, Mr.Grey call Nisa secara senyap-senyap.... Mereka hanya mampu berbual pendek. Kemain sedih Nisa. 

Pelbagai perkara Nisa harungi seorang diri ditemani ibu dan Jannah di sisi. Pasal share di PA semua... Peguam telah terangkan kat Nisa. Masa nak balik dari klinik kepunyaan Mr.Grey, Nisa dan Jannah diserbu oleh wartawan. Nasib baik Ilham sampai untuk hantarkan dorang balik. Nisa tak suka Ilham menolong dia... takut pihak wartawan memandai buat cerita. 

One day, Nisa ke bandar bertemankan peguam dan rakan-rakan Mr.Grey. Jannah dan Ilham pun ikut. Masa sampai di kediaman Mr.Grey, Nadine dan Ain pun ada di sana.... Apakah yang berlaku seterusnya kenalah tengok episod 20 iaitu episod akhir.

#MegadramaTerbaru
#MrGrey