Assalamu'alaikum, hai... 
Riena Diana membawa watak Dr. Qhadeeja dalam drama Nur | Alahai! Penangan Shafiq Kyle... Walaupun, badan rasa tak sedap... Still nak layan samarinda Nur jugak. 😢😢😢

Nur episod 10

Malam ni masuk episod 10 dah. Baru tengok dua episod... Tertarik jugak dengan watak Dr. Qhaadeja... Tunangan Adam... Fiza maybe tak perasan dia berlakon sebelum ni, sempat pulak buat sedikit survey tentang biodata Riena Diana... Actually, based on info daripada beberapa buah blog... Nama sebenar dia adalah Nur Qamariena Diana bt. Zulreal, 21 tahun. Beragama Islam dan berbangsa Melayu. Ingatkan orang Singapore... Rupanya warganegara Malaysia dan dia merupakan finalis DFKL untuk tahun 2017. So far... Fiza suka lakonan dia... Bersahaja dan lansung tak nampak kekok. Itu hanya pendapat Fiza. Maybe, lain orang lain pendapat right... 

Hurmmm... Sian! Dalam episod malam ni... Adam dan Qhadeeja tak jadi kawin. Qhadeeja akhirnya tahu siapakah wanita yang memiliki hati Adam. Part paling best... Part ayah Adam menasihati Adam... Kata-katanya sungguh menusuk kalbu... Sampaikan Adam pergi mendapatkan Nur... Namun Nur lansung tiada di lorong mahupun di tempat dia ambik upah cuci pinggan. 

Sampaila dia jumpa ibu Nur yang akhirnya membawa Adam berjumpa Nur. Episod 10 tamat dengan adegan Adam melamar Nur. Adakah Nur menerima lamaran Adam? Atau adakah Adam kena pukul dengan orang suruhan ibu Nur... 

Nak tahu kenalah tengok episod 11 malam esok. Huhu... Gian pulak update drama Nur ye... 😂😂😂

#SamarindaTV3
#SamarindaTerbaru
#SamarindaNur
#RienaDiana
#WatakDoktorQhadeeja


0 Comments