Assalamu'alaikum, hai... 
Layan jugak Nur, Samarinda Ramadan | Melihatkan ramai yang review di fb kata drama Nur best. Walaupun tak sedap badan, malam ni Fiza layan jugak drama tersebut. Dah episod 9 dah oii...  Fiza baru nak layan. Lately, bila badan tak berapa nak sihat... Seperti takde keinginan nak menonton tv... Yang cuma terfikir... Asyik nak baring je memanjang 😴😴😴😴

Tapi, Fiza try gagahkan diri jugak untuk update blog. Kang blog lama sangat bersarang... Susah jugak kan! 

Dalam dok malas, sempat jugak buat sedikit research pasal drama Nur. Actually, drama Nur adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula disiarkan sejak 14 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Nur ini akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini dan mempunyai 19 episod. Meaning that... Ada 10 lagi episod... Jauh lagi. Episod 9 pun still berlaku konflik antara Nur dan Adam... Siapa Nur? Siapa Adam? 

Before kita pergi kepada sinopsis, Antara pelakon yang membintangi drama Nur  adalah Syafiq Kyle sebagai Adam, Amyra Rosli sebagai Nur, Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak dan ramai lagi. 

Pada Fiza drama Nur berbentuk Islamik dan banyak pengajaran yang terselit dalam ceritanya, memang sesuai sangatlah disiarkan dalam bulan Ramadan ini, plus para pelakonnya pun best... Membuatkan jalan ceritanya menjadi. 

Samarinda Nur tv3
Kredit gambar : Google image

SINOPSIS SAMARINDA, NUR TV3
drama Nur sebenarnya mengisahkan tentang Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmunya, rupa parasnya yang kacak dan merupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. 

Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam terpaksa bersetuju bertunang dengan Qhadeeja kerana tidak mahu menyusahkan dan menghampakan keluarganya itu. 

Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?

Nur tv3
Kredit gambar : google image

Tengok episod 9 pun macam best, di mana mak Nur dah tahu yang Nur tak pergi melacur seperti yang disuruhnya... Sebaliknya curi-curi sembahyang di masjid. Selain tu,  Nur jugak dah tahu... Adam dah ada tunang iaitu Dr. Qhadeeja. 

Apalagi, family Qhadeeja dan Adam bersetuju mempercepatkan hari pernikahan dorang... Manakala Nur, bila tahu ustaz Adam tunangan orang... Dia cuba mengelak daripada terserempak dengan Adam... Sampaikan Adam luahkan perasaan yang Adam sayangkan Nur pun... Nur tetap tak nak Adam mendekatinya... Bila teringatkan akan kata-kata emaknya yang lansung tak percaya akan lelaki. 

Bila tahu akan rancangan familinya, Adam berjumpa dengan Dr. Qhadeeja untuk berterus terang. Ending episod 9 berakhir apabila mak Nur menasihati Nur supaya melupakan Adam... Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Adam dan Dr. Qhadeeja jadi putus tunang? Apakah reaksi famili Adam bila mengetahui tindakan Adam? Adakah Nur kembali menerima Adam... 

Hurmmm... In Shaa Allah, ada masa nanti boleh tengok sambungan episod 10 malam esok. 

Korang layan tak drama Nur? 

#SamarindaTV3
#SamarindaTerbaru
#SamarindaNur

0 Comments