DIA YANG MENULIS

Entri pertama, Hari Pekerja 2018

Assalamu'alaikum, hai... 
Entri pertama, Hari Pekerja 2018 | Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita di sini. Pertama sekali, Fiza nak ucapkan selamat menyambut hari pekerja 2018 buat semua

Hari Pekerja, Hari  Buruh atau juga dikenali sebagai Hari Pekerja Antarabangsa  secara umumnya ramai yang telah mengatahuinya dan akan mula disambut secara serentak di seluruh dunia pada setiap 1hb Mei.  Asas dan tujuan sambutan hari pekerja ini adalah salah satu tanda bagi memperingati berkenaan kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan para pekerja.

Sambutan hari pekerja 2018

SEJARAH AWAL BERMULANYA HARI PEKERJA DAN SIAPAKAH YANG TELAH MEMPERKENALKANNYA
  1. 1856 tercetus di Negara Australia. Di anjurkan oleh golongan pekerja sendiri yang pada awalnya di sambut pada 21hb April
  2. 5hb September 1882, Perarakan hari buruh pertama di adakan bagi memperingati pencapaian dan sumbangan tenaga pekerja.
  3. 1 Mei 1886, keputusan diambil sebagai hari berhenti bekerja antarabangsa. 1887, Perdana Menteri Amerika Syarikat pada masa itu, Grover Cleveland memilih pada hari isnin pertama pada bulan September sebagai tarikh hari pekerja atau hari buruh kerana kebimbangannya pada para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja pada 4hb Mei 1886.
  4. 1889 di Eropah Perluahan paling kuat dan keputusan telah diambil untuk berdemontrasi pada 1hb Mei 1890 dan di sertai seramai 250 ribu orang pekerja seluruh Negara.
  5. 1hb Mei 1972, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman bekas Timbalan Perdana Menteri pada masa itu telah mengumumkan pengistiharan Hari Pekerja di Malaysia. - Sumber roketkini

Dorongan dan semangat perjuangan mereka untuk mendapatkan waktu bekerja yang lebih adil dan menentang penindasan akhirnya membuahkan hasil. 

Oleh itu, Selamat Menyambut Hari Pekerja Untuk Semua.

#HariPekerja2018

Post a Comment

5 Comments

  1. tq for sharing kak fiza. kin x pernah tau pun sebelum ni

    ReplyDelete
  2. kita kerja sendiri nih, cuti pun kerja. kerja pun kerja, kerja pun boleh cuti.. hihihi

    ReplyDelete
  3. salam. 1 mei. hari jadi kawan saya. jomm ke blognya
    http://nomborsimkad.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Tak ingat 1 Mei hari tu busy buat apa yer...

    ReplyDelete