DIA YANG MENULIS

Pertama kali mengundi, Apakah yang perlu diketahui

Assalamu'alaikum, hai...
Pertama kali mengundi, Apakah yang perlu diketahui | Harini 7 Mei 2018, bermakna masih berbaki lagi sehari... Di mana, pada 9 Mei nanti kita akan keluar rumah untuk proses pembuangan undi bagi rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas. Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun kedua untuk Fiza mengundi dan adakah BN terus menerajui P.204 Betong. Akan sama-sama kita ketahui nanti pada 9 Mei 2018.

Pru 14 Tahun 2014

PANDUAN MENGUNDI BUAT MEREKA YANG PERTAMA KALI MEMBUANG UNDI

Bagi yang pertama kali hendak membuang undi, berikut merupakan panduan yang perlu diikuti.

01 | MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN SEBELUM HARI MENGUNDI
Pertama sekali, semak nama dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) di mana semakan boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my atau menelefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau juga boleh melalui perkhidmatan sms dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO.IC, hantar ke 15888.

02 | BAWA DOKUMEN PENTING SEMASA HARI MENGUNDI
Setelah mengetahui pusat mengundi, sebaik-baiknya datang awal ke pusat mengundi dan bawa Kad Pengenalan. Sekiranya kad pengenalan hilang, boleh bawa salah satu dokumen seperti Pasport antarabangsa, resit kad pengenalan sementara (pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara), lesen memandu bergambar atau kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan.

03 | TUNJUKKAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI KEPADA KERANI PENYEMAK DAFTAR PEMILIH DI BAHAGIAN SPR PUSAT MENGUNDI
Setelah sampai di tempat mengundi, dapatkan slip nombor saluran tempat mengundi dengan menunjukkan dokumen pengenalan diri dan beratur menunggu giliran untuk ke bilik tempat mengundi yang betul.

04 | TUNJUKKAN SLIP NOMBOR SALURAN TEMPAT MENGUNDI DAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI KEPADA KERANI PENGUNDI PERTAMA (KP 1)
Setelah dibenarkan masuk, serahkan dokumen pengenalan diri beserta slip semakan kepada kepada KP1 supaya nama kita ditanda sudah hadir mengundi. Kemudian, tunjukkan jari telunjuk kiri untuk diperiksa dan pastikan tiada sebarang tanda dakwat kekal di jari.

05 | CELUP DAKWAT KEKAL
Setelah disemak dokumen pengenalan diri oleh KP1, KP2 akan mencelup dakwat kekal di hujung jari telunjuk kiri. 

06 | DAPATKAN KERTAS UNDI
Selepas jari dicelup dengan dakwat kekal, bergerak ke KP3 untuk mendapatkan kertas undi.

07 | BUANG UNDI
Bergerak ke petak mengundi untuk menanda kertas undi dengan tanda `X` di ruang bersebelahan logo parti. Apa yang penting, pilih satu calon sahaja atau ia akan menjadi undi rosak.

08 | SELESAI
Masukkan kertas yang telah ditanda ke dalam kotak undi. Setelah selesai, keluar dari tempat undi dengan kadar segera dan dalam keadaan senyap.

Alhamdulillah, itu adalah 8 langkah proses mengundi yang kena kita lalui. Pilihan di tangan kita. Buatlah yang terbaik. Ok!

Selamat mengundi semua 😊

#Pru14
#JomMengundi

Post a Comment

2 Comments