Sinopsis Episod 13 Tak ada cinta sepertimu

Assalamu'alaikum, hai... 
Sinopsis Episod 13 Tak ada cinta sepertimu | Sambungan scene Hasran call Athea, Namun Athea seperti tidak mahu melayan. Orang tengah frust, sememangnya tak kan layan. Lepas letak phone, Hasran tetap cari Athea dengan mengekori kereta Athea yang sedang ambik Qhalif dan Qayyum ke sekolah. Akhirnya, Hasran berjaya menjejaki tempat tinggal baru Athea. 

Hari berikutnya, sekali lagi Hasran ke rumah Athea... Athea keluar pos barang,  terjumpa pulak jiran Athea. Lepas memperkenalkan diri,  kakak tu pun membenarkan Hasran masuk berjumpa dengan ayah Athea. Tengah Hasran mengurut ayah Athea, tetiba Athea muncul depan pintu dengan muka yang masam dan hambar. Melihatkan tingkahlaku Athea yang hambar,  Hasran mintak izin untuk balik

Episod 13 tak ada cinta sepertimu
Kredit Gambar : www.1layanon9.net/2018/03/tak-ada-cinta-sepertimu-episod-12.html?m=1

Walaupun Athea tak layan, hari berikutnya Hasran datang lagi ke rumah Athea
. Kali ni dia terserempak dengan Qhalif yang tengah syok bermain dengan si comel. Muncul je Hasran, Qhalif terus meluru ke arah Hasran dan mereka pun masuk berjumpa Qhalif dan ayah Athea. Athea pulak keluar. Bila balik je, sekali lagi Athea memarahi Hasran. Namun, Hasran tetap ingin menjelaskan kenapa dulu dia nak putuskan friendship dorang. Bukan tu je... Siap cakap dah bersedia lagi nak berkahwin dengan Athea. Same things... Athea tetap hambar. 

Kemudian, Hasran balik kampung jumpa family untuk berbincang pasal dia dan Athea. Sekali lagi mak Hasran marah dan tak setuju dengan keputusan Hasran untuk jadikan Athea sebagai isteri. Namun, setelah berbincang akhirnya mak Hasran bersetuju... Tapi, dengan satu syarat... Syaratnya... 

Tetiba muncul pulak scene Athea bukak kereta di luar pagar.... Terserempak pulak dengan kakak, jiran yang selalu lepak dengan Athea... Dan mak ayah Hasran. Hhuhu... Hebat! Mak ayah Hasran siap menyewa di sebelah rumah Athea lagi... Tu la kot syaratnya nak sekodeng Athea... Apa yang berlaku seterusnya... Kenalah tengok episod 14 malam esok. 

#megadramaterbaru
#takadacintasepertimu

Sinopsis Episod 13 Tak ada cinta sepertimu Sinopsis Episod 13 Tak ada cinta sepertimu Reviewed by fiza linolie on April 03, 2018 Rating: 5

No comments: