Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis Episod 1 Mr. Grey | Kebiasaannya, episod 1 ibarat pengenalan kepada sesuatu cerita. Apakah isu membuatkan perjalanan cerita menjadi scene by scene. Lebih kurang begitulah...

Untuk episod pertama Mr. Grey, scene bermula di rumah... Nisa berbolak balik menunggu panggilan kerja. Tinggal pulak serumah dengan Nurul Jannah.


[ Baca entri berkaitan? ]

Kemudian, muncul pulak scene Ilham Arsyad dan ibu Nisa di kampung. Ilham bertanyakan tentang Nisa dengan makcik Leha. Di bandar pulak, Nisa still kebingungan menunggu panggilan kerja. Akhirnya, penantian Nisa berhasil. Dia mendapat panggilan kerja. Sebaik dapat, dia terus menelefon ibunya untuk khabarkan berita gembira. 


Nisa Ardina dalam episod 1 Mr. Grey

Suatu malam masa Jannah nak keluar. Tetiba Nisa bukak pintu sebab ada orang tunggu di luar. Mr.Grey tau... Sebaik Jannah keluar dari pagar, Nisa Ardina siap pesan lagi dengan Mr. Grey supaya keluar elok-elok. Jangan dok Gatal... Tuhan Maha mengetahui... Tu dia, siap kena ceramah agama lagi. Haha. Sabar jelah dengan watak Nisa Ardina yang banyak mulut ya.
Dalam kereta, Jannah berkenalan dengan Mr.Grey. Dah pagi ketika Azan subuh berkumandang, Nisa bangun... Nurul Jannah baru balik. Mr. Grey pulak singgah untuk solat. Tapi, kena ceramah free dengan Nisa Ardina. Akhirnya Mr. Grey terus balik dan tak jadi nak tumpang solat.

Selepas subuh, Nisa bersiap pergi kerja. Hari pertama kerja sebagai PA kepada PA di syarikat Puncak Angkasa kepunyaan keluarga Mr. Grey. Sampai office, dia diperkenalkan kepada staff lain oleh kak Ain. Kemudian, siapkan tempat untuk meeting. Mr.Grey batalkan meeting. Jadinya, semua staff ke pantri untuk makan makanan yang sepatutnya disediakan untuk meeting. Apalagi, senario biasa di pantri... Gosip panas tentang Mr. Grey dan Mr.Red. Siapa yang bakal jadi director syarikat.

Nisa malas nak ambik tahu, terus keluar... Terserempak pulak dengan Mr.Grey di dalam lif. Sekali lagi Nisa sembuq Mr.Grey. Tetiba ada staff tegur Mr.Grey. Nisa menjadi cuak. Tapi meeting diteruskan jugak. Lepas meeting... Mr.Grey suruh Nisa masuk bilik dia... Apakah terjadi seterusnya... Kenalah tengok episod 2 malam esok. Macam best watak Nisa Ardina. Kan?

#MegadramaTerbaru
#Mr.Grey
#FandyBakry
#NisaArdina