Assalamu'alaikum, hai...
Roti sardin simple dan mudah | Di luar hujan, tak tahu nak buat menu apa untuk sarapan pagi encik suami dan anak-anak. Biasalah, bila dah buntu memikirkan nak masak apa... Masuk dapur, renung peti ais dan bukak laci dapur... Itulah rutin setiap hari.

Tetiba tengok roti masih berbaki. Expired date pun tinggal 3 hari lagi. Before expired... Lebih baik buat roti sardin. Dulu... Masa di universiti, hampir setiap hari makan roti sardin tau... Tak sempat nak buat... Beli je di Cafe Pohon Emas. Tapi, bila dah berkeluarga... Boleh pulak jarang nak buat. 


Resepi Sandwich Sardin

RESEPI ROTI SARDIN AYAM BRAND
Nak buat roti sardin, bukannya susah pun. Bahan pun tak banyak. Just sediakan roti, bawang putih, bawang merah, bawang besar, kicap, kari dan sardin. Sardin pulak Fiza guna Sardin Ikan ayam brand...

Kemudian... Hiris semua bawang dan cili, goreng. Bila dah naik bau... Masukkan sardin, kari dan sedikit kicap. Bila dah masak, biarkan sehingga sejuk. Kemudian calitkan di atas roti.  Dah siap... Mudah kan...

KISAH ROTI SARDIN DI UNIVERSITI
Bila buat roti sardin, tetiba teringat zaman di universiti dulu. Nakal jugak. Siap langgar peraturan. Sembunyi-sembunyi bawak rice cooker. Bila dengar informer kata ada spot check... Laju-laju sorok rice cooker. Haha... Nak save bajet katakan... lagipun member sebilik semuanya rajin memasak. Dah tu... Rajin pulak buat roti sardin. Tapi, Fiza sarankan... Jangan sesekali langgar peraturan universiti. Kita tak tahu... Kekadang nasib tak baik... Boleh terbakor bilik. Sila jangat ikut ye... Ke korang memang ada pengalaman sama seperti Fiza? Bawak rice cooker ke hostel?

#RotiSardin
#MenuMudahSarapanPagi


0 Comments