Assalamu'alaikum, hai... 
Resepi baru? Rendang ayam crispy menjadi tular di media sosial| seperti kebiasaan bila ada masa senggang, Fiza akan baca BH online dan Harian Metro online. Terbaca satu berita trending pasal rendang ayam crispy... Sampai Perdana Menteri pun tweet tau pasal isu tu... 

Kredit Gambar : BH Online

Sebenarnya, ia berkaitan dengan peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin, yang tersingkir daripada program MasterChef UK baru-baru ini... Dalam program itu, para juri mengkritik masakan bekas akauntan itu, kini menetap di Bristol, yang didakwa tidak garing dan isinya yang tidak terlerai daripada tulang.

Hurmmm... Yang tu Fiza tak nak ulas pasal kritikan tu. Fiza tak nak isu hangat tu bertambah-tambah hangat. 

Cuma... Fiza terfikir jugak. Macam mana pengkritik tu boleh terfikir pasal rendang ayam crispy. Maybe, dia ingat macam satay kuah kacang kot. Haha... Boleh jugak difikirkan idea tu. Kot-kot la ye... Lagi sedap daripada rendang ayam. Di mana... Resepi dia, goreng dulu ayam tu menjadi crispy. Then, buat rendang... Bubuh atas ayam crispyDua jenis stail masakan dalam satu resepi. Hurmmm.... 

Zaleha Olpin Masterchef UK
Kredit Gambar : Tweeter @zalehaolpin

Tapi... Rendang ayam tetap rendang ayam... Mana mungkin kita nak ubah makanan tradisi kita. Cumanya... Kalau nak, buat je resepi baru. Ayam crispy berkuah rendang ke? Kan... 

Macam-macam... 

Korang baca tak isu ni? 

0 Comments