Assalamu'alaikum, hai... 
Mr. Grey akan gantikan tak ada cinta sepertimu | Kebiasaannya, sebelum layan sesuatu megadrama... Fiza suka cari info mengenainya. Tak suka buang masa, kalau jalan ceritanya tak best atau gandingan pelakonnya tak menarik minat... Memang Fiza tak kan tengok. Lain orang lain pendapat. Kan? Bagi Fiza itu faktor utama tau yang menggerakkan hati Fiza nak menonton... Biar pun orang kata "Don't judge a book by its cover". 

Mr. Grey di Astro Ria
Kredit Gambar : Myinfotaip

Daripada apa yang Fiza dapat, melalui perkongsian maklumat oleh blog myinfotaip dan EDtv, megadrama terbaru Mr.  Grey juga sebuah drama adaptasi Novel, Karya Syamnuriezmil. Antara pelakon yang bakal membarisi megadrama tersebut adalah :

Fendy Bakry sebagai Mr.Grey
Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina
Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad
Lisdawati sebagai Datin Musalma
Gambit Saifullah sebagai Mr Red
Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah

SINOPSIS MEGADRAMA MR. GREY
Menurut blog myinfotaip, ia mengisahkan tentang Mr.Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah. Namun,  pernikahan mereka telah melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. 

Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sejak awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkinkah Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya di dalam hati Nisa?

NOVEL ONLINE MR. GREY
Bila baca sinopsis, terasa tak puas untuk tahu jalan ceritanya. That why, Fiza cuba jugak mencari di carian google kot-kot ada blogger yang kongsikan novel online untuk novel ni. Alhamdulillah, pencarian membuahkan hasil. Kalau nak baca... Chapter by chapter, bolehla baca kat Wattpad.

REVIEW NOVEL MR. GREY DARIPADA PARA PEMBACA

Review novel Mr. Grey

ternyata, berdasarkan review yang telah dibuat oleh mereka yang dah baca novel Mr. Grey... Rata-rata mengatakan buku tersebut tidak mengecewakan walaupun helaian bukunya agak panjang. Namun, tak kurang jugak yang mengkritik. Itu adalah normal process... Lain orang, lain pendapat right

Jalan cerita macam best kan... Tapi, adakah gandingan Fendy Bakry dan Eyra Hazali mampu mencuri hati peminat untuk menonton? Sama-samalah kita tengok nanti first episode pada 9 April nanti, 10 malam... Semestinya di Astro Ria 104.

#megadramaterbaru
#MrGrey