Assalamu'alaikum, hai...
Minggu ke - 4 Gema Gegar Vaganza musim 2/2018 | Permulaan konsert minggu keempat begitu syahdu dengan bacaan surah Al-Baqarah Ayat 186 oleh Ustaz Fakhrul Radhi. Namun, kesyahduan itu terserlah lagi dengan persembahan ustaz, Siti Nordiana dan Fikri Ibrahim dengan lagu Intifida.

Pondok kecil, satu-satunya lagu yang membuatkan air mata Fiza jatuh... Memang best persembahan Fitri minggu ni. No wonder, anugerah gema kaseh sekali lagi menjadi milik dia.


Farah Asyikin tersingkir pada konsert ke-4 Gema Gegar Vaganza 2
Kredit Gambar : Google image
Farah Asyikin tersingkir pada konsert ke-4 GGV2

Tapi kesian untuk Farah Asyikin... Malam ni dia tersingkir. So, minggu kelima nanti... Hanya 8 peserta akan berentap dengan lagu yang dah ditetapkan. Tema minggu kelima ialah bergabung meletop, di mana setiap peserta akan berduet dengan artis dan lagu pilihan.

SENARAI PESERTA DAN LAGU UNTUK MINGGU KE-5 GGV2

So, berikut adalah senarai lagu dan artis pilihan untuk berduet bagi minggu ke-5 Gema gegar vaganza 2 :-

Inteam - Lagu Flying without wing, berduet dengan Lah Rahman
Awi rafael - Lagu Kaulah segalanya, berduet dengan Nora
Hazwani dan heliza - Lagu Bila waktu tlah berakhir, berduet dengan Mirwana
Devotees - Lagu Tekad, berduet dengan Hazami
Adeep Nahar - Lagu Oh ibu, berduet dengan Mamat exist
Mestica - Lagu Mentari merah di ufuk timur, berduet dengan Acong
Fitri Haris - Lagu Hati emas, berduet dengan Lan solo
Brothers - Lagu Bukan kerana nama, berduet dengan Manbai

Last sekali, pada minggu kelima nanti... Siti Nordiana, Fikri Ibrahim dan  Fakhrul Radhi selaku hos akan menyanyikan lagu berjudul Assalam mualayka. Every weeks kami sekeluarga memang memilih untuk menonton GGV2 pada malam Sabtu. So, memang tak tengok lah tadi cerekarama waktu khalil di tv3. 😂


#GemaGegarVaganza2
#KonsertMingguKe-5