DIA YANG MENULIS

Minggu ke - 2 Gema Gegar Vaganza musim 2/2018

Assalamu'alaikum, hai...
Minggu ke - 2 Gema Gegar Vaganza musim 2/2018 | Sambil baca manifesto Pru 14, sempat jugak layan GGV minggu ke-2. Tak sangka Adeep Nahar bawak lagu Hijau... Sedap! Memang patut malam ni pun dia merangkul lagi anugerah gema kasih untuk kali kedua. Ingatkan Awi Rafael. Apa-apa pun, takde siapa dapat meramal rezeki seseorang kan. Takde menarik sangat pun minggu ni... lagu pun biasa-biasa je.

[ Baca entri berkaitan? : ]

Kumpulan Rabithah tersingkir minggu kedua ggv
Kredit Gambar : Messarah.blogspot.my

Tapi kesian untuk group Rabithah... Malam ni dorang tersingkir. So, minggu ketiga nanti... Hanya 10 peserta akan berentap dengan lagu yang telah ditetapkan.

SENARAI PESERTA DAN LAGU UNTUK MINGGU KE-3 GGV
Berikut adalah senarai peserta dan lagu untuk minggu ketiga GGV, musim 2 2018:-

Inteam - Gemuruh
Awi rafael - Ku mohon 
Hazwani dan Heliza - Jampi
Devotees - Pada syurga di wajahmu
Adeep Nahar - Perjalanan
Mestica - Insan
Fitri Haris - Yang Terindah
Ippo Hafiz - Tanpa
Farah Asyikin - Syurga di telapak kaki ibu
Brothers - Kau Ilhamku

Manakala lagu untuk pengacara GGV minggu ke-3 pulak berjudul Islam agamaku. Akhir sekali, tema untuk GGV minggu ke-3 nanti ialah bukan biasa-biasa. Sedikit write up untuk minggu ke-2 GGV. 

Korang layan tak? Ke tengok PM umumkan Manifesto Pru 14, 2018?

#GGV2
#MingguKeduaGemaGegarVaganza2



Post a Comment

0 Comments