Assalamu'alaikum, hai... 
Filem 6 (Enam), 28 April 2018 | Slot Citra Exclusive yang bakal menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Janna Nick. Telefilem 6 (enam) ini juga merupakan adaptasi dari sebuah kisah benar yang berlaku. Tengok promo macam menarik. 

Sinopsis 6 Enam
Sumber : Dunia Cik Akak

SINOPSIS FILEM 6 (ENAM) MALAM DI ASTRO CITRA DAN ASTRO MUSTIKA HD, JAM 9 MALAM

Filem 6 mengisahkan tentang sebuah keluarga yang pergi ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan telah menyewa di sebuah hotel. Pelbagai Kejadian aneh mula berlaku apabila mereka terperangkap di tingkat 6 dan tidak menjumpai jalan keluar dari situ.

Apakah yang sebenarnya berlaku sehinggakan misteri hotel tingkat 6 tersebut menggangu penghuninya.  Adakah ia menagih janji kerana atas perjanjian atau sebaliknya. Kemungkinan jugak, kerana dendam.

Kisah mereka bermula, apabila satu malam. Keluarga tersebut ingin keluar makan malam. Namun kejadian aneh telah berlaku. Hotel tersebut kelihatan sepi tanpa ada orang lain. Pintu hotel diketuk dari satu pintu ke satu pintu. Salam juga tidak berjawab. 

Sedang suami isteri itu sibuk mencari jalan keluar. Sedar tak sedar mereka kehilangan anak mereka. Adakah mereka terus terangkap untuk sekian lama atau mereka berjaya mencari jalan keluar atas bantuan orang ramai. 

Saksikan Telefilem 6 (enam) yang akan bersiaran 9.00 malam nanti di Astro Citra dan Astro Mustika HD. 
Sumber : Dunia Cik Akak

Selamat menonton ye 😊

#Filem6AstroCitraDanAstroMustikaHD