Assalamu'alaikum, hai... 
Cekodok carrot, daun seleri | Haha... Pepandai je kan bagi nama kat cekodok. Tapi itulah realiti, cekodok idea encik suami semalam. Bangun je tidur, terus bukak peti ais. Tengok carrot terus dia mintak Fiza buatkan cekodok carrot

[ Baca Entri Berkaitan? ]

Fiza mana mungkin nak tolak permintaan dia. Part makan... Fiza tak nak abaikan. Bukan apa, Fiza suka tengok suami dan anak-anak makan hasil air tangan Fiza sendiri... Walaupun ia bukanlah menu yang bertaraf lima bintang punya resepi... Tapi, bila makanan yang kita buat habis dijamah... Apa kau rasa? Kepuasan tu tak ternilai rasanya. 😭😭😭

Jangan rasa pelik ye... Fiza selalu buat cekodok macam-macam. Tak kisahla, janji sedap. Encik suami suka... Anak-anak pun suka... Sudah cukup memadai bagi Fiza. 

Hakikatnya... Idea disebalik cekodok macam-macam nama dari kami ni bukannya apa... Nak ajar anak sukakan sayur kenalah pelbagaikan menu tersembunyi... Biar dorang tak perasan... Apa yang dorang makan tu adalah sayur. Alhamdulillah, setakat ni... Takde lagi adegan-adegan korek sayur dalam cekodok. Tu la sebab blog Fiza ni banyak nama cekodok pelik-pelik. 😂😂😂

Cekodok carrot daun saderi

RESEPI CEKODOK CARROT, DAUN SELERI

Nak buat cekodok version Fiza ni sangatlah mudah, bahan pun sikit. Antara bahan yang diperlukan... 

Tepung
Daun seleri dipotong halus
Carrot dipotong dadu
Bawang merah
Cili merah
Ikan bilis
Maggie secukup rasa
Air

Cara nak sediakan dan membuatnya pulak, kisar bawang merah, cili dan ikan bilis. Campurkan kesemua dan bancuh dengan air. Then, gorengkan dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana. Sangat mudah. Kan? 

[ Baca Entri Berkaitan? ]

Apa-apa pun, happy weekend guests... Korang breakfast apa hari ni? 

#Cekodok
#MaggieSecukupRasa