Assalamu'alaikum,  hai... 
Zahir tak terucap | Akasia terbaru, bakal menggantikan tiada arah jodoh kita yang bakal melabuhkan tirainya pada 26 Mac 2018. Akan mula disiarkan pada 27 Mac 2018 semestinya di tv3, Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.  Antara barisan pelakon yang membarisi watak dalam drama tersebut adalah seperti berikut :-

Zahir tak terucap gantikan tiada arah jodoh kita
Kredit : laman myinfotaip

Saharul Ridzwan sebagai Hisyam
Airel Zafrel sebagai Haziq
Raysha Rizrose sebagai Aishah
Chacha Maembong sebagai Aireen
Esma Daniel sebagai Razak
Farisha Irwayu sebagai Noraini
Idris Mat Diah sebagai Nordin
Rosnah Johari sebagai Zaharah
Syafiqa Zamriez sebagai Zara
Saufi Ramli sebagai Zahim

SINOPSIS ZAHIR TAK TERUCAP
Berdasarkan laman myinfotaip, drama zahir tak terucap mengisahkan tentang kehidupan dua beradik, Hisyam dan Haziq yang bersaing merebut cinta Aisyah, namun kehadiran Aireen cuba menghalang Aisyah daripada mengecapi kebahagiaan.

Hisyam terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah meninggal dunia. Hisyam redha dan mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu untuk bertanggungjawab namun mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen. Adakah Hisyam akan bersatu kembali dengan Aisyah? Nak tahu perjalanan kisahnya... Kenalah tonton.

Tu antara lain info berkaitan drama yang bakal menghiasi slot akasia next week. Selamat menonton for those yang selalu mengikuti slot akasia tv3 ye. 

#Akasiaterbaru27mac2018
#zahirtakterucap