Assalamu'alaikum,  hai... 
Tonton movie rumah no. 10 di channel citra | Kisah semalam... Mata tak ngantuk lagi, encik suami tengah menaip kerja. Sementara Alia dan Ain dah pun tidur. Biasalah dorang, sebelum pukul 10 dah tidur dah... Jadinya Fiza dan adik pun layanlah cerita seram di channel citra berjudul rumah no. 10. Antara barisan pelakon yang terlibat dalam movie tersebut adalah seperti Aiman Hakim Ridza, Sharifah Sakinah,  Jay Izwazir,  Melanie Tan dan Delimawati. 

Rumah no. 10

Sinopsis Rumah no. 10
Movie tersebut berkisar tentang pasangan suami isteri yang baru pindah di rumah no. 10. Rumah misteri yang menyimpan satu rahsia. Setiap malam mereka dikacau benda-benda pelik. Tapi mereka tidak menghiraukannya. Sampaikan ustaz terangkan kedudukan rumah tersebut pun, suaminya Aiman Hakim Ridza tidak percaya. Yang pasti, di sebalik kejadian aneh yang berlaku sebenarnya roh isteri tuan rumah yang asal tidak tenteram. Akhirnya, roh Nora (Melanie Tan) menggangu isteri Aiman Hakim Ridza. Dari situ, terbongkarlah rahsia misteri rumah tersebut. Suami bunuh isteri sendiri kerana terlalu cemburu. Bukan setakat isteri je yang mati. Suami juga turut membunuh diri. Sangat tragis. 

Review movie Rumah no. 10
Kalau nak bagi bintang, Fiza bagi ⭐⭐⭐⭐/5. Jalan ceritanya agak menarik tapi sangat lambat perjalanan ceritanya. Kalau pasal seram pulak... Takdelah seram sangat sampai Fiza takut nak ke toilet

Tu antara lain ulasan berkaitan movie Rumah no. 10. Tapi, suka Fiza nak sentuh jugak berkaitan rumah kosong yang lama tak berpenghuni. Apakah adab yang perlu dilakukan sebelum memasukinya? Al-maklumlah, kalau ikutkan movie ni... 20 tahun rumah tak berpenghuni, suatu jangka masa yang amat panjang. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di beberapa buah laman, berikut adalah adab memasuki rumah lama yang tidak berpenghuni

Kalau kita hendak memasuki rumah kosong tidak diwajibkan mengucapkan Salam. Namun disunnahkan tetap memberi salam. Sepertimana disebutkan di dalam hadits Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata,

إذا دخل البيت غير المسكون، فليقل: السلام علينا، وعلى عباد الله الصالحين
“Jika seseorang masuk rumah yang tidak didiami, maka ucapkanlah “Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘ibadillahish sholihiin (salam bagi diri kami dan salam bagi hamba Allah yang sholeh)” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrod 806/ 1055. Sanad hadits ini hasan sebagaimana dikatakan oleh Al Hafizh Ibnu Hajar dalam Al Fath, 11: 17).

Selain tu, pada pandangan Fiza la kan... Lagi bagus bila masuk rumah lama seperti kita memasuki rumah baru. Laungkan azan. Selalu bacakan Al-Quran tiap kali lepas solat. Kalau nak, boleh jugak pagarkan rumah dengan cara ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah,  ayat Kursi dan 3 Kul (Al-Ikhlas,  Al-Falaq dan Al-Nas).  Kemudian tiup ke dalam air perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan memulai penjuru terletak di sebelah kanan dan seterusnya mengikut arah berlawanan jam. 

Semoga apa yang Fiza kongsikan hari ini memberi manfaat buat kita bersama. Aamiin... 

Rujukan bahan :                          https://kisahdunia.com/2016/05/20/cara-amalan-semasa-pindah-rumah-yang-sudah-lama-ditinggalkan__trashed/

#movierumahno10