Assalamu'alaikum, hai...
Tips kembalikan mood berblogging | Pada Fiza, lain orang lain caranya. Tapi, Fiza jugak ada cara tersendiri bagaimana nak kembalikan mood nak berblog, bila mood ke laut. Al-maklumlah, ada masa mood nak menulis di blog ada pasang surutnya... Nak maintain kan mood supaya hari-hari publish entri tu yang payah. Betul tak?


Tips kembalikan mood blogging

Perbetulkan Nawaitu
Walaubagaimana pun... Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tips pertama dari Fiza, nawaitu kena betul. Kalau kita terlalu kejarkan duit. Nescaya kita akan stress menulis. Hari-hari kena kerah otak cari keywords menarik. Kalau mahir SEO takpelah jugak. Tapi, kalau macam Fiza ni... Alamat dah lama delete blog. Yelah! Ada blog... Tapi hasilnya takde. Haha... Kena enjoy menulis, baru best. Kan? Kalau dapat income... Itu rezeki. Fiza percaya, selagi kita berusaha... In Shaa Allah, rezeki tak ke mana.

Menulis apa yang kita minati
Seriously, teknik ni sangat-sangat membantu. Contohnya, Fiza suka tengok drama di tv. Kemudian, lepas habis tengok... Mesti buat sinopsis ataupun ringkasan episode by episode bila ada kelapangan. Alhamdulillah... Bila publish, beratus jugak trafik organic datang menyinggah. Kena percaya kepada rezeki. Yang pasti cari minat sendiri... Barulah seronok menulis. Semangat menulis pun... In Shaa Allah akan datang dengan sendirinya... 

Blogwalking
Selain menulis apa yang kita minati, blogwalking juga penting untuk kembalikan mood blogging. Dari blogwalking... Bukan sahaja tambah ilmu, tambah kawan... malah memberi idea untuk kita menulis. Let say, kawan bercerita pasal jambatan Darul Hana... Kebetulan kita pernah pergi dan lupa nak update mengenainya... Secara tak lansung kita pun nak bercerita tentangnya berdasarkan pengalaman sendiri. Haha... Tak upadate lagi, cuti seminggu haritu... Kami berkesempatan jugak naik Jambatan Darul Hana, India Street Kuching.

Tukar Template
Kekadang, template blog jugak salah satu sebab yang boleh mempengaruhi mood blogging. Walaupun, nak tukar template bukanlah suatu kerja yang mudah. Tapi, bila kita dapat hasil yang kita nak. Secara tak lansung, semangat nak tambah entri pun meningkat. Yelah! Manusia mana yang tak sukakan kecantikan right. Kalau blog serabut... Mood pun kelaut. Tu pada pandangan Fiza lah yer. 

Baca entri lama
Nah! Ini paling Fiza suka buat. That why, dalam blog Fiza ada label CeritaKu... Banyak kisah-kisah ataupun entri lama yang boleh buat Fiza gelak... Bila tak tahu nak tulis... Mulalah baca entri lama... Penulisan masa tu pun....  Main bantai je ikut sedap menulis. Haha... Fiza tak pernah delete tau entri lama yang pakai aku kau... you... I bagai. Dari situ... Mood atau aura tu boleh datang secara automatik... Seriously! Betul tak?

Itu adalah 5 tips yang Fiza sering praktikkan bila mood menulis di blog ke laut. Seandainya korang ada tips lebih hebat dan berkesan... Jom share di ruangan komen.


9 Comments

  1. Betul tu akak.. nk menulis blog kena tulis apa yg kita suka. Nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Bila kita share apa yang kita minat. Bila ada pembaca... Kita pun jadi beria nak update lagi dan lagi.

      Delete
  2. Setuju dgn kak Fiza. Mai pun selalu amalkan tips kat atas bila hilang mood blogging. Bila baca entry lama rasa macam perghhh kenapa dulu banyak idea skrg dah kering kontang. Maybe kena reset balik niat menulis tu. Bila terlalu fokus nak kejar bayaran, mood & idea pun hilang begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Bila terlalu fokus nak duit... Kita jadi tertekan nak menulis. Tapi, kena pandai kawal keadaan... Kalau tak. Susah jugak kalau dapat job.

      Delete
  3. Nice sharing Kak Fiza :)
    Mungkin sy patut tukar template juga kot~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ye Nurul kerana sudi singgah blog akak. Selamat berkenalan 😊

      Delete