Assalamu'alaikum,  hai... 
Teman Tapi Mesra,  minggu kedua Bocey & Friends | Routine kami anak beranak selepas semua aktiviti dan tuntutan kehidupan selesai dilaksanakan... Kami lebih suka memilih untuk menonton tv bersama. Tapi, takdelah selalu sangat. Salah satu channel yang dilanggan adalah astro warna... 


Korang layan tak Bocey & Friends setiap malam Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna? Minggu ni minggu kedua dah tau. Untuk minggu pertama, kami ketinggalan menonton. Ada aktiviti sikit masa tu... That why tak berkesempatan nak tengok. Tapi, berdasarkan news utusan borneo harini... Last week punya tema 'kenduri kawin', di mana menyentuh mengenai isu perbelanjaan perkahwinan melampau seringkali melibatkan pasangan muda masa kini. Tetamu jemputan minggu lepas,  Nasir Bilal Khan, Nabila Razali,  Tauke,  Ajak serta Datuk Zainal Abidin

Video Minggu Pertama Bocey & Friends


Tema Minggu kedua Bocey & Friends
Manakala untuk minggu kedua malam ni, persembahan Bocey & Friends bertemakan 'Teman tapi mesra' dengan tetamu jemputan dorang...  Kamal Adli dan Mark Adam. Mesti tengok kalau free... Hehe. Suka tengok keletah Mark Adam yang selamba badak buat lawak. Dia takdelah lawak sangat... Tapi, cara dia bercakap tu yang membuatkan kita geli hati. Betul tak?  Korang suka tak persembahan Mark Adam? 

#boceyandfriends2018