Assalamu'alaikum, hai... 
Sinopsis episod 6 tak ada cinta sepertimu | Bila orang dah memberi amaran... Automatik kita akan cuba menjauhkan diri. Kita pun ada harga diri. Disebabkan Hasran dah tak nak ada hubungan dengan Athea. Akhirnya, semua urusan ubahsuai dalaman rumah Hasran... Athea serahkan kepada rakan sekerjanya

Apalagi Hasran... Bila dapat tahu Athea berundur daripada tugas-tugasnya... Dia terus nak jumpa Athea dan dia tak bersetuju dengan keputusan Athea. Dia nak jugak Athea siapkan tugasnya... Tapi, bukan untuk siapkan kerja sebelumnya... Sebaliknya... Kembalikan bentuk asal dalam rumah tersebut. 

From that jugak dia memarahi Athea dengan menuduh bahawa Athea yang dah menyebabkan hubungan dia dan Bella putus. Bila kita tak melakukannya....  Kita akan cuba tegakkan kebenaran. Apalagi, Athea berabisan bagitau bukti yang dia bukanlah seperti yang disangkakan. Hasran terdiam mendengar penjelasan Athea... Athea pulak berlalu pergi. Petang tu jugak Athea kemaskan balik ruang rumah Hasran kepada bentuk asal dengan ditemani Qayum dan Qhalif. 

Di posisi lain pulak... Kamarul berjumpa dengan Bella dan menyatakan hasratnya untuk mengahwini Bella. Huhu... Nampak sungguh Kamarul busuk hati. Sanggup menghalalkan cara semata-mata nak dapatkan Bella. Emo pulak Fiza tengok scene ni. 

Hari-hari berlalu dan akhirnya Hasran pergi outsation. Smocky... Hasran hantar ke kedai pets. Malangnya, tetiba pekerja kedai tersebut call Hasran mengatakan Smocky tak sihat. Mulanya Hasran call adiknya suruh pergi ambik. Malangnya dia ada kerja nak buat... Sudahnya dia terpaksa mintak bantuan Athea. Seperti kita tahu... Watak Athea memang baik. Even kena marah dengan Hasran... Dia masih nak tolong. Namun, umur smocky tak panjang

Kemudian, muncul pulak Azam yang memerlukan perkhidmatan untuk mereka dalaman homestay miliknya.. Dan Athea yang ambik projek tersebut. Bila dah berjumpa untuk berbincang projek tersebut... Dorang siap berkenalan lagi. Hurmmm... Bagaimanalah nanti Hasran nak tackle balik hati Athea.... Kan? 

Episod 6 tak ada cinta sepertimu

Episod 6 semalam berakhir dengan scene Hasran terserempak dengan Athea di kedai... Apakah yang bakal berlaku, sama-samalah kita menonton malam ni yer di astro 104, semestinya jam 10 malam. Bye... 

#megadramatakadacintasepertimu
#episod6takadacintasepertimu