Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis episod 12 tak ada cinta sepertimu | Sambung scene Azam dan Athea di kampung. Melangkah je kaki di depan pintu... Athea menangis melihatkan keadaan ayahnya yang sakit. Dah sebulan terlantar kena angin ahmar. Jirannya yang selalu jenguk menasihatkan Athea supaya bawa ayahnya balik memandangkan takde orang nak jaga. Semua yang terjadi antara mak tiri Ani dah ayahnya, semuanya jiran sebelah rumah bagitau.

Ketika, Athea sibuk menyuapkan ayahnya makan... Tetiba ibu Ani datang dan buat-buat baik pada bekas suaminya. Apalagi... Athea yang marah terus bertekak dengan ibu tirinya... Mendengarkan kata-kata Athea dia terus beredar. 

Lepas mak Ani keluar, Athea mintak tolong Azam ambik Qhalif dan Qayyum di homestay... Dia nak pertemukan Qayyum dan Qhalif dengan Atuk dorang. Mula-mula Azam tak nak ambik, takut nanti Qayyum tak nak ikut. Bila mendengar akan kata-kata Azam, Athea pun menawarkan diri untuk ambik dorang... Sementara dia ambik budak-budak, dia mintak Azam tolong tengok-tengokkan ayahnya... Pun Azam menolak. Haihh... Tak macho betul. Kata nak kawin dengan Athea... Tapi macam tak suka nak tolong. Last... Dia sanggup ambik Qayyum dan Qhalif daripada tolong tengok-tengokkan ayah Athea.

Setelah sebulan, ayahnya bersama Athea. Tetiba Athea nak ajak Azam keluar untuk tengok barang kawin. Dalam erti kata lain... Dia dah bersedia nak kawin dengan Azam. Tapi malangnya, masa dorang keluar... Azam sibuk buat kerja. Bila merasai diri tidak diperlukan... Athea pun mintak diri... Ok! Simple answer dari Azam... Sudahnya, Dia memberi syarat kepada Athea... Azam nak Athea bila dah kawin pindah rumah dorang... Ayah Athea pulak tinggal di rumah sewa... Mean, dia akan upah beberapa orang nurse untuk jaga ayah Athea. Tetiba masa dorang tengah berbincang, Qayyum call dan bagitau atuknya jatuh. Apalagi, Athea bergegas balik. Azam pulak lansung tak ads reaksi nak hantar ke... Apa ke, sebaliknya terus menghadap laptop. Masa Athea keluar dari tempat dorang lepak... Masuk pulak PA dia hantar satu fail. Hurmmm.... Macam ada somethings je antara dorang.


Kredit Gambar : admya.blogspot.my/2017/12/tak-ada-cinta-sepertimu.html?m=1

Bila sampai di rumah, Athea terus dapatkan ayahnya dan anak-anak. Nasib baik takde apa-apa. Hari-hari berlalu tanpa sebarang contact. One day, Hasran balik dan ingin berjumpa dengan kawan sepejabatnya di sebuah mall. Sedang dorang rancak berbual... Dia ternampak Azam bersama sorang perempuan dan anak-anak. Hasran sedikit sedih... DIa ingatkan Athea. Namun dicabar oleh kawannya supaya tegur Azam dan perempuan tu. Nampak je Hasran, Azam jadi tak keruan. Malah bergegas keluar dari mall. Kawan Hasran perasan, yang perempuan bersama Azam bukanlah Athea. Apalagi, Hasran terus meluru dan tumbuh muka Azam. Ambik kau... 

Tak puas dengan tu, Hasran ke tempat kerja Athea. Namun, Athea dah berenti kerja. Sudahnya, kawan Athea bagi nombor phone Athea kepada Hasran. Hasran pun call cik meow. Terkejut beruk Athea... Scene episod 12 berenti kat situ. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Athea terima balik Hasran dalam hidupnya?. Kenalah tengok minggu akhir next week. Pendekkan megadrama terbaru ni?

#megadramaterbaru
#takadacintasepertimu

0 Comments