Assalamu'alaikum, hai... 
Sinopsis episod 11 tak ada cinta sepertimu | Kesian Hasran. Rupanya Athea terima lamaran Azam. Bukan tu je, Azam siap sound Hasran supaya jauhkan diri dari Athea dan anak-anak memandangkan dorang dah nak kawin. 

Kebetulan di office,  kawan Hasran tak boleh nak oustation ke London gara-gara isterinya sarat mengandung anak pertama. Apalagi,  Hasran terus menawarkan dirinya untuk gantikan tempat kawannya. 

Tak ada cinta sepertimu 11
Kredit Gambar : Facebook

Before outstationHasran dan Yus nak balik kampung. Sebelum tu singgah di rumah Athea. Yus nak jumpa Qayyum dan Qhalif. Masa tula, Hasran meluahkan isi hatinya buat kali kedua pada Athea. Tapi, jawapan Athea tetap sama. Dia tetap pilih Azam. Orang dah tak sudi, buat apa nak tunggu right. Hasran dan Yus pun balik kampung. 

Sampai di Kampung,  Hasran memberitahu ibunya bahawa dia akan keluar negara atas urusan kerja. Tapi, kali ni... Maybe dia akan pergi lama. Apalagi, kena sound pulak dengan emaknya. Kenapa perlu bawak diri kerana perempuan. Tapi Hasran menafikan sebaliknya dia terangkan...  Dia pergi sebab nak gantikan kawannya yang tak boleh nak outstation

Sehari sebelum berangkat, Hasran sekali lagi ke rumah Athea. Katanya nak jumpa Qayyum dan Qhalif buat kali terakhir dan sambil tu dia nak hadiahkan seekor kucing buat Qayyum. Part paling sedih... Athea tak nak terima kucing pemberian Hasran atas alasan Azam dan anak-anaknya alergi kucing. Apalagi, Athea kena ceramahla dengan Hasran. Qayyum dan Qhalif pulak pergi mengaji. Namun, Hasran nak jugak tunggu dorang balik depan rumah. Bila dorang balik. Aduh! Drama air mata... Hasran berpelukan dengan anak-anak Athea. Kemudian, Hasran jugak bagitau Athea, lepas outstation... Dia tak akan jumpa dan kacau Athea lagi. Dia tak nak Athia tak bahagia kerana dia. Athea tak boleh terima... Egois! Haha... Hati kata nak. 

Akhirnya, Hasran pergi tanpa berita. Athea cuba call Hasran atas permintaan anak-anak. Tapi lansung tak dapat. At the same time, Azam minta Athea jagakan anak dia... Orang gaji buat hal lagi. Balik dari kerja... Athea kena marah dengan Azam sebab biarkan anak-anak dia tidur di bilik... Huhu... Jenuhla kalau dah kawin weiii... Mesti kerja dah serupa bibik. Haha... 

Hari-hari berlalu dengan rutin kerja, sampai satu tahap Azam ajak Athea untuk berjumpa ayahnya di kampung... Berbincang pasal perkahwinan dorang. Episod 11 tamat dengan scene Azam dan Athea sampai kampung. Apakah reaksi ayahnya bila tengok Athea? Adakah Azam dan Athea jadi kawin? Kena tengok episod 12 malam ni. 

Bye... 

#megadramaterbaru
#takadacintasepertimu

0 Comments