Siapa kita untuk menilai dan menghukum

Assalamu'alaikum,  hai...
Semalam,  kita dikejutkan dengan berita bayi maut tertinggal di dalam kereta. Allahu Akhbar,  Berat mata memandang... Berat lagi bahu yang memikul.

Bayi maut tertinggal di dalam kereta 14032018
Sumber gambar dan maklumat daripada https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/321207/update-ibu-minta-maaf-sayang-ibu-terlupa
********************

Jika kita baca huraian berita harian metro online, berikut adalah kronologi kejadian tersebut :-

14 Mac 2018, seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

"Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson," katanya.

********************

Benda dah nak jadi,  sebagai seorang ibu,  Puan Hasmah Masroh pun tak nak semua tu berlaku. Tak perlulah kita nak hentam si ibunya dengan bermacam-macam spekulasi. Siapa kita untuk menghukum dia. Right

Fiza turut bersimpati dengan kejadian tersebut. Biarlah ia menjadi pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati. Wallahu'alam... 


Siapa kita untuk menilai dan menghukum Siapa kita untuk menilai dan menghukum Reviewed by fiza linolie on March 15, 2018 Rating: 5

3 comments:

  1. apa2 pun doakan semoga ibu bapa yang lain lebih alert tentang masalah macam nih

    ReplyDelete
  2. Sedih memang sedih bila baca berita nih tapi siapa kita nak hukum si ibu? Dia bukan sengaja. Dia terlupa. Bila Allah berkehendakkan sesuatu tu jadi pada hambaNya,sekelip mata saja berlaku tanpa kita sedar. Kadang menyampah baca komen yang duk salahkan si ibu. Mana ada ibu sanggup biarkan anak dalam kereta sorang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan Mimie. Mana ada seorang ibu sanggup biarkan anaknya sorang-sorang dalam kereta nak-nak anak yang seusia dua tahun.

      Delete