Assalamu'alaikum, hai...
Semalam sempat jugak scroll fb, baca status kawan-kawan dan tetiba Fiza tertarik dengan satu artikel ni... Korang mesti malas nak cari kan. So, di sini... Fiza dah siap copypaste artikelnya?


************

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK - PERLUKAH ANAK PANDAI MEMBACA SEAWAL 7 TAHUN? 


Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

SETUJUKAH ANDA, anak-anak  yang bakal berumur 7 tahun yang  akan   memasuki  tahun 1 di sekolah rendah perlu dipastikan telah pandai membaca?  


Sebagai seorang pengiat industri pendidikan awal kanak-kanak,  jawapan saya  ialah  sangat tidak bersetuju sama sekali.  Jawapan yang sering tak terjawab di minda saya,  aduhai mengapa perlu menekan  dan memaksa anak-anak di bawah 7 tahun ini belajar beria-ria  dan buat latih tubi membaca seperti anak-anak yang telah bersekolah? Kenapa nak marah pada anak memasuki umur 7 tahun yang belum dapat membaca lagi?  


Sebenarnya, kita sebagai pendidik dan ibu bapa belum memahami  anak-anak. Dan paling parah, kita tidak memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak. 


Suatu ketika dulu, saya pernah membuat kesilapan  dalam merealisasikan pendidikan awal kanak-kanak ini kepada anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun . Ketika itu saya mengusahakan perniagaan TADIKA saya sendiri. Matlamat akhir saya dan juga bagi memenuhi harapan tinggi ibu bapa ialah di akhir tahun pembelajaran nanti, anak-anak ini mesti sudah  boleh membaca. Maka , saya akan sedaya upaya memastikan matlamat tersebut tercapai. Apa yang saya buat? Antaranya, saya perkenalkan kepada ibu bapa program membaca dengan cepat,  adakan  sesi belajar  ‘one to one’  dengan anak-anak kecil ini ,  adakan kelas tambahan membaca.  Lagi, saya beri latih tubi membaca setiap hari dan hakikatnya saya paksa emosi anak-anak ini  untuk belajar.  Hasilnya, kerana anak-anak ibarat span yang mudah menyerap apa sahaja,  lalu  ramailah anak-anak keluaran TADIKA saya boleh membaca dengan baik . Malah, bukan sekadar bacaan dalam Bahasa Malayasia bahkan bacaan dalam bahasa Inggeris juga.  Itulah yang diimpikan ibu bapa.


Aduh, bangganya saya kerana dapat melahirkan anak-anak yang boleh baca di awal usia. Anak-anak itu terus dilabel sebagai anak yang cerdik dan pintar yang boleh membaca di awal usia sebelum 6 tahun.  Itu yang kebanyakan TADIKA akan cuba capai. TADIKA yang dapat mengeluarkan  anak-anak yang boleh baca, itulah TADIKA yang terbaik pada pandangan dan persepsi ibu bapa. Secara tidak langsung inilah perkara utama yang dapat mempromosi TADIKA supaya ramai lagi ibu bapa yang menghantar anak ke situ.


Tetapi, saya mula perasan, anak-anak yang boleh baca awal usia biasanya adalah anak-anak yang kurang keyakinan diri, penakut, pemalu, pendiam, kategori anak-anak yang tak banyak bermain malah kurang pandai bergaul dan berkomunikasi.  Mereka mempunyai emosi yang kurang sihat dan self esteem yang rendah.  Saya perasan itu semua. 


Saya juga perasan , anak-anak yang tak pandai baca pada usia 5@6 tahun adalah anak-anak yang tak boleh duduk diam, aktif dan banyak bermain serta banyak meneroka dan banyak keinginan serta perasaan ingin tahu. Saya mula tertanya mengapa?


Bila saya terjun ke bidang pendidikan awal kanak-kanak yang lebih muda sedari 0 hingga 4 tahun, saya mula sedar akan kesilapan saya. Saya mula belajar mengenai  tahap demi tahap perkembangan kanak-kanak. Saya korek pelbagai potensi awal  yang boleh dibentuk di peringkat  awal usia anak-anak.  Dan apa yang penting saya mula belajar memahami tingkahlaku , kerenah serta sikap semulajadi  kanak-kanak. 


Saya teruja untuk mengetahui bahawa antara sikap atau tabiat semulajadi anak-anak ialah BERMAIN. Kerja hakiki anak-anak  di bawah umur 7 tahun ialah BERMAIN dan bukannya belajar.


Selama ini persepsi saya dan juga kebanyakan ibu bapa di luar sana terhadap pendidikan awal kanak-kanak andalah salah. Pendidikan awal bukan bermaksud  memberi pelajaran formal seperti membaca kepada anak-anak. Pendidikan awal bermakna mengenalpasti tahap perkembangan  dan memberi galakan untuk anak mencapai tahap perkembangan yang tertentu. Pendidikan awal juga bermakna mengenalpasti  potensi diri anak  dan membantu  mengilap potensi tersebut.


Justeru itu,  saya dan anda sebagai  pendidik  maupun ibu bapa perlu tahu dan faham akan setiap aspek  tahap perkembangan kanak-kanak supaya  kita dapat beri galakan ,sokongan dan dorongan untuk anak.


Apakah aspek perkembangan awal kanak-kanak?


Perkembangan sosiemosi – bentuk emosi yang positif pada anak seperti yakin diri, berani

Perkembangan  bahasa – galak anak menggunakan bahasa yang betul dan bijak berkomunikasi

Perkembangan kognitif – galak anak berfikir , menggunakan deria untuk meneroka dan belajar pelbagai dari alam dan persekitaran.

Perkembangan kerohanian- terapkan nilai moral, akhlak dan ketuhanan

Perkembangan fizikal – galak anak tingkatkan moto halus dan moto kasar

Perkembangan  kreativiti dan estetika – galak anak supaya kreatif dan mempunyai imiginasi pelbagai


Malah mengikut kurikulum PERMATA yang menjadi panduan perkembangan pembelajaran di TASKA , antara perkembangan lain yang turut perlu dibentuk pada anak  ialah perkembangan sahsiah  - belajar bergaul  dan komunikasi  serta literasi awal.  


Bagaimana  pula cara terbaik menggalakkan semua aspek perkembangan ini? Adakah melalui pembelajaran formal seperti di sekolah? Adakah dengan memberi anak-anak kecil ini latih tubi dan pelbagai tugasan atau kerja rumah.


Tahukah anda sebenarnya setiap aspek perkembangan  ini boleh diterapkan kepada anak-anak dengan mudah hanya melalui  bermain sahaja.  Bukankah bermain kerja hakiki anak? Mereka memang bermain tetapi secara tak langsung mereka banyak belajar menyuburkan pelbagai aspek perkembangan tersebut  hanya melalui bermain. Jadi, biarkan anak-anak  bermain.


Anak main blok, mereka berfikir bagaimana susun blok menjadi tinggi

Anak main  pasir, bina istana, mereka cuba merealisasikan imiginasi mereka.

Anak berlari sekeliling rumah@ taman, mereka belajar meneroka persekitaran

Anak main olok-olok dengan kawan sebaya, mereka belajar bersosial dan bergaul serta berkomunikasi dengan bahasa yang betul.

Anak yang suka usik itu ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

Anak yang aktif berlari, mereka membina kecergasan diri.


Jad, mengapa perlu dipaksa anak duduk sebelah anda dengan keadan anda marah dan tinggi suara untuk  ajar mereka membaca. Mengapa pula masih ada TADIKA yang menyusun ruang susunatur dalam kelas sama seperti belajar di sekolah? Mengapa  pihak TADIKA perlu stress ajar anak-anak membaca dan beri pula kerja rumah yang banyak.


Entah kenapa saya memang tak boleh terima kalau dengar seorang cikgu di TADIKA cuba menakutkan dan menginggatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak boleh baca dengan baik sebelum  masuk tahun 1. Mereka terangkan pada ibu bapa betapa hebatnya persaingan akademik anak-anak  di  tahun 1. Kalau  kebetulan jika  anak 6 tahun  itu tak boleh baca, cikgu cadangkan pula  ibu bapa hantar anak ke kelas tambahan.  Bagi saya, memadai sajalah kalau anak yang tak boleh baca itu telah kenal huruf dan boleh menyebut dua sukukata. Mereka bukan tak pandai , mereka cuma belum bersedia. Percayalah.


Ini cerita anak saya yang berumur 6 tahun.  Saya hanya hantar dia ke TADIKA sebaik umurnya 6 tahun. Baru ni, saya baca ‘whatapp group’  dari guru TADIKA nya. Cikgu post  jadual peperiksaan akhir tahun dan pesan ibu bapa pantau anak-anak belajar di rumah.

Kalau ibu bapa lain, mungkin akan rasa cikgu TADIKA sangat prihatin .Aduhai kesian anak-anak, tahun-tahun di mana  kerja hakiki mereka sepatutnya bermain tetapi mereka perlu pula duduk menelaah seperti kakak abang yang akan menghadapi peperiksaan di sekolah.


Sekali lagi, ingin saya ingatkan, hakikatnya anak-anak memang perlu bermain. Hakikatnya anak-anak ini  tidak perlu dipaksa untuk belajar. Percaya tak bahawa apa yang perlu diterapkan terlebih dahulu ialah ilmu mengenai kehidupan disamping membentuk anak dalam setiap aspek perkembangan  yang telah saya nyatakan tadi.  Keinginan untuk belajar akan datang sendiri bila anak telah bersedia menerima pembelajaran formal. Masanya pasti akan muncul juga. Yang pasti setiap anak adalah berbeza pencapaiannya.  



Teringat saya  pernah terbaca bahawa pendidikan awal anak di Jepun bermula dengan mendidik akhlak. Pendidikan berteraskan peperiksaan bermula hanya bila anak berumur 10 tahun sahaja.


Berbeza dengan sistem pendidikan  kita yang telah  diwarisi begini, bila  nak masuk  tahun 1 sebolehnya anak mesti dah boleh  membaca dengan baik. Cikgu di tahun 1 suka kalau anak-anak sudah boleh membaca.  Lalu kasihan anak-anak yang dikelompokkan dalam kumpulan belum boleh membaca.  Seawal usia 7 tahun anak-anak telah mula dinilai tahap pencapaian akademiknya. Bukahkah sebenarnya dalam silibus pembelajaran tahun 1 anak-anak perlu diajar semua huruf dan gabungan sukukata hingga boleh baca. Akan tetapi,  anak-anak ini pula dikategori sebagai anak-anak yang ketinggalan.  


Lain orang mungkin lain pandangan. Mungkin ada ibu bapa tidak setuju dengan pandangan saya bahawa  anak tidak perlu dipaksa untuk belajar membaca.


Tapi saya membuktikan salah seorang anak saya  yang tidak boleh  membaca di awal usia dan yang kurang penonjolan akademik  ketika di sekolah rendah ( kini dia berusia 19 tahun),  dia merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahnya,. Bakal menduduki STPM tahun ini dan dia akan membuktikan dia  bakal  pelajar terbaik STPM di sekolahnya juga.  Satu ketika dulu, ketika di sekolah  rendah dia tidak  pernah dapat nombor 1 dalam kelasnya.


Apa yang penting, biarlah anak-anak  kecil yang di bawah 7 tahun ini belajar kerana minat dan kesediaan  mereka. Tugas kita beri dorongan dan galakan bukan paksaan.  Apa yang penting,  kejayaan anak-anak bukanlah hanya diukur dari kejayaan akademik sahaja. Lihatlah kejayaan anak pelbagai aspek. Setiap anak mempunyai potensi diri yang berbeza.  Apa sahaja potensi yang berjaya digilap dan diserlahkan oleh anak,  itulah kejayaan buat anak-anak. Jangan lupa juga  doa kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa. 



CHILDREN ARE NATURAL LEARNERS. 

CURIOSITY IS THE ENGINE TO ACHIEVEMENTS

Isu adakah perlu anak pandai membaca pada usia 7 Tahun
Aktiviti mewarna adalah aktiviti paling Alia dan Ain gemari. Apalagi... Everyday worksheet mewarna pasti ada. Buatlah nak... Yang penting. Have a fun... Kan?

************

Selepas habis baca, apa pandangan korang? 

Masing-masing ada pandangan masing-masing. No right, no wrong. Tapi, jangan pulak... Anak-anak menjadi bahan kajian, sudah. 

Hakikat yang perlu kita terima kini dan mungkin tahun-tahun seterusnya, anak perlu pandai membaca pada usia 7 tahun agar tidak ketinggalan. Al-maklumlah, sekarang ni ada ujian Linus... Semuanya diuji untuk mengetahui sejauh mana tahap kebolehan anak-anak membaca dan sebagainya. 

Namun, ke arah mengajar anak membaca... Tak perlulah nak PAKSA, latih anak-anak ala tentera dan gunakan kekerasan sebagai senjata. Tapi biarkan anak-anak membuat pilihan sendiri dan biarkan mereka menikmati zaman kanak-kanak dorang semahunya.... Namun... Setiap tingkahlaku anak-anak semestinya di bawah pantauan kita. Kena seimbang dunia dan akhirat... Yang pasti, parents adalah PELAKON UTAMA yang memainkan peranan untuk membentuk keperibadian anak-anak.

Fiza percaya, bila anak-anak dididik dengan penuh kasih sayang... Semua urusan pasti akan menjadi mudah. In Shaa Allah. Letak perasaan anak-anak dalam diri kita... Baru kita faham akan anak-anak.

Bila minat membaca datang secara suka... Ia memudahkan lagi proses belajar membaca... Silap-silap, setiap sign board di jalan pun anak-anak akan baca. Learning process bukan sahaja terletak pada buku semata-mata. Sekeliling kita juga boleh mengajar kita... Yang penting kena enjoy dan penuhi kehidupan anak-anak dengan rasa cinta. In shaa Allah. Takde yang mustahil. Wallahu'alam....


11 Comments

  1. Mai dulu 6 tahun dah pandai membaca, bukan sbb tadika, tp sebab banyak berkawan dgn budak sekolah rendah kt rumah mengasuh, diorang suka ajak main lumba2 baca paper.

    Hehe. Bagi Mai penting juga, bila pandai membaca dari sebelum sekolah, nanti masuk sekolah senang nak buat exam atau homework. Buat homework pun jadi best sebab faham soalan semua.

    Tapi terpulanglah...ini pendapat Mai sahaja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mai, lagipun sistem pendidikan sekarang memerlukan anak pandai membaca seawal 7 tahun. Tapi the way kita ajar anak-anak membaca adalah paling penting.. Supaya anak-anak suka untuk belajar dan terima ilmu.

      Delete
  2. kasihan sungguh anak saya..

    dari umur 5 tahun lagi didedahkan dengan dunia belajar..

    nasib baiklah ada juga masanya bermain-main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firstly, thanks mrhanafi kerana sudi singgah sini. Kekadang keadaan memaksa kita berbuat sedemikian. Masing-masing ada pendapat masing-masing... Yang penting apa pun keputusan yang kita buat untuk anak-anak biarlah memberi kebaikan buat dorang... Hidup kena enjoy kan... Hehe.

      Delete
  3. sebenarnya bergantung pada kebolehan budak tu juga
    ada cepat ada lambat
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Kena ikut situasi jugak asalkan anak2 enjoy untuk belajar.

      Delete
  4. sy prefer anak2 sy sudah boleh membaca bila 6 thn, so bila masuk sekolah dah boleh membaca supaya tak ketinggalan. tapi on the same time, sy suka anak2 sy bermain dan ada kemahiran bermain terutamanya bersosial secara sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Lagi2 sistem pendidikan yang memerlukan anak-anak yang boleh membaca pada usia 7 tahun. Yang penting cara kita ajar je kena buatkan dorang enjoy.

      Delete
  5. Pendapat muni tak salah anak pandai baca awal..yg salahnya kalau bg belajar ja smp tarik lumrah bermain anak..muni ajar afia pun mula2 macam ada sikit paksa juga..tp bila dh pandai dia sendiri jadi minat..benda ni sebenarnya learning process..macam fiza kata..asalkan bawa kebaikan pada anak..kita usaha nak bagi terbaik untuk depa

    Betul anak membaca awal bukan penentu kejayaan masa depan..tp proses belajar jadi lebih mudah..kalau dajah 1 tak boleh baca zaman skang memang kena ada perasaan risau..memang kategori ketinggalan..nak tak nak kena hadap juga sistem sekolah di Malaysia ni..kita bukan dok kat Jepun.huhu



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata muni. Kalau dah reti baca kan memudahkan proses pembelajaran anak2. Sebenarnya... Point utama kat sini... Biar anak bermain, tapi dalam masa yang sama belajar... So, kreativiti kena ada untuk eksploitasi masa main dorang menjadi masa belajar yang menyeronokkan.

      Delete
    2. So, takdelah anak-anak berasa stress atau terpaksa. Macam kak pia... Kemain seronok dia sekarang fiza tengok dalam video. Mak mana tak teruja bila anak dah reti baca.

      Delete