DIA YANG MENULIS

Peralihan Monsun bermula hari ini

Assalamu'alaikum,  hai... 
Peralihan Monsun bermula hari ini | Alhamdulillah, pagi ni Fiza masakkan bihun goreng buat encik suami dan anak-anak. Sambil masak, sambil dengar radio. Baru syokkk. Haha... 

Hujan lebat peralihan monsun 27/3/2018
Kredit Gambar : https://www.ismaweb.net/2017/12/11/hujan-lebat-di-sabah-sarawak-dan-labuan/

Isu semasa pagi ni berkaitan peralihan monsun yang mana bermula hari ni. Menurut kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), fasa peralihan monsun tersebut akan berterusan sehingga pertengahan Mei tahun ini sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

Dalam tempoh tersebut, kawasan serantau negara akan mengalami tiupan angin daripada pelbagai hala dengan kelajuan yang rendah.

Keadaan cuaca yang lazim semasa tempoh itu ialah hujan lebat, ribut petir dan angin kencang terutamanya pada waktu petang dan awal malam.

So, dinasihatkan lebih berwaspada terhadap keadaan cuaca dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca ketika tempoh peralihan monsun. Take noted yer... Terutamanya yang keluar rumah pada waktu bekerja. Pastikan... 
  1. Payung sentiasa di bawa. 
  2. Air kosong kena banyak minum... 
  3. Dan kalau boleh, baliklah awal selepas waktu kerja. 

Sebarang kemungkinan boleh berlaku tau dalam jangka masa tersebut... 

Semoga info ringkas dari Fiza ini memberi manfaat buat kita bersama. Aamiin... 

Post a Comment

1 Comments