Assalamu'alaikum, hai...
Fuh! Bila bertukar domain, baru Fiza cuba ambik tahu mengenai broken link. Semuanya gara-gara trafik blog Fiza jatuh merudum. Rasa pelik la kan...  Before tukar domain, takdelah trafik berpuluh je. So, gatal la nak mengkaji dan solve problem yang tertera di bahagian google Analytic dan google console. Page not found ok. Mean... Wujud broken link di blog Fiza ye. 

Based on apa yang Fiza baca... Kalau salah tolong perbetulkan ya.

Bila banyak sangat broken link... Ia boleh menganggu serp pada enjin carian, yang akhirnya menyebabkan reputasi sesuatu blog menurun. Bukan tu je, bila terlalu banyak broken link... Blog dianggap Spam oleh search engine... Nasib tak baik boleh kena penalti tau dengan google. Hurmmm... Siapa yang hebat SEO tu mesti tau. Fiza tak tau sangat pasal SEO. Tau pun... Sikit-sikit je. Hehe...

Broken link

Apa itu broken link? 
Berdasarkan apa yang Fiza faham, broken link... Merupakan page not found... Atau dalam bahasa mudahnya, link yang membawa kepada page yang tidak ditemui... Yang mana mungkin sesuatu link tersebut kena delete dengan penulisnya, blog di delete atau link yang tidak betul berada di blog kita. Kalau orang klik di enjin carian... Ya menjurus kepada Page not found. Hurmmm... Memang kecewa lah kalau jumpa page gitu kan. Nak-nak yang dah berpeluh celah ketiak mencari maklumat... Alih-alih jumpa page not found. Mesti kesian kan. Lepas ni nak delete entri... Kena jugak delete permenantly di bahagian google console... Baru tak wujud broken link

Cara check broken link
Then, bagaimana nak tahu berapa banyak broken link  dalam blog kita... Just taip check broken link di enjin carian dan korang akan jumpa laman yang menawarkan service untuk check broken link di blog samada berbayar atau tidak. Fiza sarankan guna page ni... Secara detail ia akan tunjukkan link mana dalam blog kita bermasalah. Dari situ... Kita boleh check satu persatu... 


Blog Fiza ada 176 broken link yang nak kena solved ok. Semalam baru 16 Fiza selesaikan. Ada lagi 160 link. Huhu... Jenuh la nak buang. Takpe, kita kayuh pelan-pelan... Blog sendiri apadehal. Kan?

Fiza rasa stop dulu sampai sini. Nanti kalau Fiza sambung terus menerus pasal broken link ni... Bukan Fiza je sakit kepala... Korang pun pening nak baca. 

Ok... Happy weekend ya.


4 Comments

  1. wah
    terima kasih atas bantuan nih
    boleh juga selesaikan :)

    ReplyDelete
  2. broken link ni salah satunya dri giveaway @ contest.. busyra dulu masa cek bnyk jgk. delete sikit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Fiza pun banyak detect dari giveaway dan contest. Fiza pun tengah delete sikit-sikit jugak ni.

      Delete