Assalamu'alaikum, hai... 
Kisah Datin Rozita Mohammad Ali mendera pembantu rumah | korang mesti tahu kan kisah majikan dera  pembantu rumah ni... Kalau menurut laman Berita Harian online, Datin Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa pada 2016... Dan dua hari lepas Datin tersebut telah pun dijatuhi hukuman penjara 8 tahun. 

Datin dera pembantu rumah

Semoga ia menjadi pengajaran buat kita. Kesian, pembantu rumah pun ada hati dan perasaan. Sebelum nak melakukan sesuatu tu... Letak dulu diri kita dalam diri orang lain... Fikir kesan dan akibatnya. Kira bersyukur tau ada pembantu rumah yang nak bantu kita menguruskan kerja-kerja rumah di kala kita keluar rumah mencari rezeki. Memangla kita yang bayar gaji dorang, tapi tak bolehla kita nak arah sesuka hati... Buat itu ini sesuka hati. Kalau rasa pembantu rumah tu bermasalah dan tak bertugas dengan baik... Kenapa tidak pecat sahaja kan... Tak perlulah kita nak melakukan penderaan bagai. Kita ada pilihan... Kan! Betul tak?