DIA YANG MENULIS

Islamic Quotes #8 : Tips memilih bakal suami

Assalamu'alaikum,  hai... 

Tips memilih suami

Quotes ke-8 dari blog Fiza
Tips memilih bakal suami
"Pilihlah lelaki yang baik agamanya, jika marah tidak menghina, bila cinta akan memuliakan" dari Imam Hasan Al-Basri.

Apa yang Fiza tahu... Sebelum kita bersetuju dengan lamaran yang datang dalam hidup kita... As a women, kita juga berhak untuk memilih siapa pasangan hidup kita.  Apa yang dimaksudkan dengan agama di sini ialah bukanlah lelaki tu agama Islam semata-mata tetapi menghayati prinsip-prinsip dalam agama Islam serta mempunyai akhlak dan perlakuan yang mulia.

Kita kawin bukannya nak jadi hamba abdi buat suami... Bila kita buat silap sikit je,  marahnya seperti kita dah buat kesalahan besar. Mulalah semua benda diungkit... Sampai keturunan di hina. Padahal, tujuan kita berkawin... Mahukan seorang lelaki yang boleh memimpin kita ke jalan Allah... Mencintai kita seadanya... Menjadi pelengkap kepada kekurangan kita... Menjadi sandaran di kala kesedihan. 

Bukan mudah sebenarnya nak melayari alam rumahtangga... Andai ketua keluarga bermasalah, takde tolak ansur dalam diri... Hanya tahu apa itu I'm Right... Hala tuju rumahtangga pasti goyah. 

That why,  mak ayah selalu tanya... Before kawin... Betul ke, keputusan yang kita buat? Yakin ke, dengan pilihan yang kita buat?... Takut nanti, baru sebulan kawin... Dah cerai. 

Apa-apa pun,  kita sentiasa ada pilihan. Buatlah yang terbaik... Yang pasti, bertanggungjawablah terhadap kesan daripada keputusan yang kita buat. Tak nak nanti... Dah bercerai... Blame game pulak... Hurmmm.... 

Wallahu'alam... 

Post a Comment

0 Comments