Assalamu'alaikum,  hai... 

Bersangka baik

Islamic Quotes ke-7 dari blog Fiza
Mari bersangka baik
"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia" - Imam Syafi'i

Allahu akhbar, jika kita punyai perasaan hasad dengki... Pastinya amat payah untuk bersangka baik. Dalam facebook pun, nowaday... Nampak sikap-sikap kita yang lemah bersangka buruk ke atas status orang lain. 

Contoh 1 : Up status facebook keputusan anak yang cemerlang SPM 2018

Bila kita bersangka buruk, maka adalah insan-insan yang mulai komen kata nak menunjuklah, riaklah... Padahal, maybe orang yang upload keputusan anaknya hanya ingin berkongsi kegembiraan dan mungkin untuk menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain yang mana ada anak yang bakal menduduki peperiksaan penting. Bersangka baiklah ye...  Selebihnya, dia nak menunjuk ke apa... Itu antara dia dan Allah. Siapa kita untuk menilai kan? 

Contoh 2 : Upload bisnes sambil tayang duit kepuk-kepuk.

Sekali lagi, akan ada yang kutuk... Eleh! Saja je nak menunjuk yang dia banyak duit la tu. Itulah kelemahan kita. Pasti ada sekelumit perasaan dengki di hati. Betul tak? Padahal... Orang tu saja je nak bagitau bahawa bisnes seperti dia sememangnya memberi pulangan yang lumayan. Setidak-tidaknya, ia memberi inspirasi kepada kita untuk memikirkan bisnes apa yang kita ingin lakukan... Tu pun kalau kita nak buat bisnes jugak lah. Dia nak menunjuk atau riak...  Biarlah Allah membuat penilaian. 

Contoh 3 : Kawan upload perkembangan dia yang kini bepurdah.

Siap!  Nanti ada makcik bawang... Bukan orang lain pun... Friends sendiri dok sibuk membawang. Eleh!  Saja je nak menunjuk alim tu... Padahal dulu perangai macam hantu.  Hurmmm... Upload gambar seksi salah, upload gambar bepurdah pun salah. Apa yang betul argh? Tak faham sungguh dengan hati manusia la ni... PHD banyak sangat. Haha... Korang tahu ke short form PHD... Fiza pun baru tahu bila nak buat entri ni sebenarnya... PHD tu Perasaan Hasad Dengki. Wallahu'alam... 

Contoh 4 : Member upload gambar depan PC office.

Haha... Nanti ada member yang tak bekerja dok sibuk membawang kata... Eleh!  Tahula kau tu kerja, aku duduk rumah goyang kaki... Entah kerja ke tidak... Tak pun layan handphone memanjang. See, orang updated gambar pun jadi bahan PHD. Padahal... Orang tu saja je nak hilangkan stress kerja menimbun... Aleh-aleh dapat idea selfie depan PC. Sian!  Ingat nak tayang muka cantik boleh jugak hilangkan stress... Sudahnya, jadi bahan membawang. Hurmmm... Sabo jelah. 

Tu antara 4 contoh status facebook yang familiar kita tengok di fb sekarang ni. Just sebagai contoh je ye... Takde kaitan pun, kalau ada pun mungkin secara kebetulan.

Fiza pun takdelah baik sangat. Tapi, sentiasa cuba untuk memperbaiki diri supaya menjadi yang lebih baik. Sama-samalah kita beringat supaya bersangka baik dengan orang-orang di sekeliling kita.  Banyak manfaatnya. Wallahu'alam...