Assalamu'alaikum, hai...
Harga baharu bahan api RON95, RON97 dan Diesel 29 Mac 2018 - 4 April 2018 | Bagi yang memiliki kereta, sudah pastinya harga petrol dan diesel diambilkira. Bila dah tahu harga, sekurang-kurangnya kita boleh bajet berapa wang diperlukan untuk bahan api. Betul tak? Kena pandai manage kewangan zaman sekarang ni... Kalau tak, sebelum hujung bulan... Dah pokai. Kan?

Harga runcit bahan api
Kredit Gambar : www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/28/harga-minyak/

Semalam ada jugak baca artikel di berita online mstar, di mana harga baharu bahan api RON95, RON97 dan diesel dikatakan kekal bermula hari ini  29 Mac 2018 hingga 4 April 2018.

Menurut artikel tersebut, harga baharu petrol RON95 kekal kepada RM2.20 seliter, manakala RON97 juga kekal dengan harga RM2.47 seliter. Diesel jugak kekal pada harga 2.18 seliter.

Every weeks, harga bahan api berubah-ubah... Diharap setiap perubahan takdelah melambung tinggi. Risau jugak kan... Bagaimana nasib mereka yang tinggal di bandar bergaji kecik... Bukan sikit tau bajet untuk bahan api. Betul tak?

#hargabaharubahanapi
#hargapetrol
#harga diesel