Assalamu'alaikum, hai... 
Sinopsis episod 7 tak ada cinta sepertimu | Sambungan bermula bila Hasran dan Athea terserempak di kedai... Just say hai,  Athea terus beredar. Nampak sungguh dia masih marahkan Hasran. 

Di posisi lain,  Kamarul dan Bella semakin rapat dan itu membuatkan Abby marah. Al-maklumlah, Abby memang sukakan encik Kamarul. Tapi, encik Kamarul je tak layan... Merebut hak orang lagi ada. 

Hari-hari berlalu, Athea sibuk dengan projek dekorasi dalamannya dengan Azam hinggakan suatu ketika dia ajak Athea dinner berdua. Tapi, Athea tolak kerana Qayum dan Qhalif. FineFirst time ajak tak kan nak paksa right... Tapi, Azam hantar balik rumah dan sempat jugak berkenalan dengan Qayum dan Qhalif. 

Lepas Azam balik, Hasran pulak text suruh Qayum dan Qhalif ke rumah. Balik oversea, ada hadiah Hasran nak bagi dorang... Termasuklah Athea. Walaupun Hasran bagi hadiah untuk mintak maaf, Athea still tak memaafkan Hasran. Siapa tak terasa hati kan... Bila tetiba kena sound kaw-kaw, padahal kita tak buat 😭😭😭

Hasran seperti mengalah tapi nasib baik ada officemate yang memahami dan tak putus-putus bagi semangat suruh jumpa face to face dengan Athea... Mintak maaf dan pujuk balik Athea. Adakah Athea menerima Hasran balik? 

Tak ada cinta sepertimu

Then, Hasran balik kampung dan ceritakan hal dia, Bella dan Athea. But... Ibu Hasran tak suka dengan idea Hasran untuk berkawan dengan Athea. Dia takut... Kalau Hasran tak dapat pikul tanggungjawab ada anak dulu before kawin. Nanti dah kawin ada anak sendiri... Boleh ke berlaku adil dan bahagi kasih sayang sama rata. Hurmmm... Ada benar jugak kata-kata ibunya kan

One day, kereta Athea rosak... Dia try call Azam mintak tolong... Tapi, Azam menolak. Hurmmm... Kalau suka kat Athea kenapa tak tolong ambik dia. Totally, reject... Haha. Lepas tu ada alahan kucing pulak tu... Macam mana nak hidup sebumbung dengan Athea... Sedangkan Qhalif pencinta kucing tegar. Kononnyalah... Haha. 

Kebetulan... Hasran lalu sekolah Qayum dan Qhalif... Dan ternampak pulak Qayum dan Qhalif tak balik lagi. Apalagi, dia pun turun... Ajak Qayum dan Qhalif balik bersama... Tapi, dorang tolak... Sebab ibu dorang, Athea on the way naik teksi. Mendengarkan penjelasan dorang... Hasran pun temankan dorang tunggu Athea. 

Tak sampai lima minit Athea sampai. Hasran pulak terus bayar teksi. Haha... Scene lawak di sini... Pemandu teksi agak blur melihat Hasran dan Athea seperti bertengkar manja... Takut kes lain, pemandu tu pun keluar... Dan terus tanya Athea kenal ke tak lelaki tu....  Baru je Athea nak geleng, Qayum dan Qhalif dah angguk sakan. Haha... Pemandu pun tersenyum. Selesaikan masalah rumahtangga bebaik na... Athea mencuka je dengar. Sudahnya dia terpaksa menumpang kereta Hasran. Haha... 

Sampai rumah, masa nak keluar kereta... Kaki Athea tersepit di pintu kereta... Dan Hasran melulu dapatkan dia... Then, terpegang kaki Athea... La, sudah... Hasran kena marah dengan Athea... Apa terjadi seterusnya... Malam ni kita tengok yer. 

Hehe... Mesti malam ni... Abby bagitau pasal Kamarul dan Bella kat Hasran. Siaplah...

#megadramatakadacintasepertimu
#episod7takadacintasepertimu