DIA YANG MENULIS

Cupcake Vanila in the house!

Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah, setelah settle semua kerja-kerja rumah, Ain pun dah tidur. Apalagi, selain 4 pagi... Masa Ain tidur nilah, Fiza akan cepat-cepat updated blog. Syukur di atas peluang dan ruang yang ada.

Kebiasaannya, Khamis dan Jumaat selepas waktu kelas... Alia akan rehat dengan ayahnya di pusat sumber. Jam 2 petang Alia ada fardu Ain. So, seperti biasa... Selain nasi dan lauk... Fiza jugak akan bekalkan kuih muih untuk Alia dan encik suami minum petang jam 3. Biasanya jam 3 dorang rehat sekejap. Nak dijadikan cerita... Setiap minggu, Fiza akan fikirkan apakah menu kuih yang akan Alia bawak ke sekolah.


Cupcakevanila

Semalam, Alia request nak bawak cupcake... Encik suami pun request jugak untuk disedekahkan  masa mesyuarat staff. So, lepas Asar semalam... Fiza teruskan projek membuat cupcake. Kali ni punya resepi... Fiza letak perisa vanila. Nak buat cupcake takdelah susah sangat. Resepi pun Fiza buat sukatan menggunakan cawan. Before ni pun, Fiza pernah kongsikan bagaimana nak buat cupcake menggunakan sukatan cawan. Boleh klik link di bawah ya untuk rujukan.


Syukur, around jam 8 malam semalam... Semuanya siap. So, pagi ni lepas subuh terus Fiza sediakan dalam bekas. Alhamdulillah, dapat jugak tunaikan hajat Alia dan ayahnya. 


Post a Comment

2 Comments

  1. Sedaonya cupcake rajin fiza buat.nanti nak try jugak buat

    ReplyDelete
  2. Sedap fiza..muni suka kek..sejak bisnes bundle ni dah jarang baking..paling kuat pun kek marble..boleh la kan dr malas baking terus haha

    ReplyDelete